Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

43) KRITERIA PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA BARU MASJID DAN SURAU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah mengumumkan senarai Ahli Jawatankuasa masjid dan surau baru-baru ini. Mohon senaraikan nama-nama Ahli Jawatankuasa masjid dan surau dalam DUN Jeram?

    Senarai nama Pegawai dan Jawatankuasa Masjid telah diputuskan oleh Mesyuarat MAIS telah dihantar ke kesemua masjid. Senarai seperti dilampirkan.

  2. Bagaimanakah cara pemilihan Ahli Jawatankuasa dilakukan dan kriteria bagaimana yang menjadi asas pemilihan?

    Kriteria adalah seperti berikut:

    1. Calon berumur tidak melebihi 60 tahun.
    2. Tinggal tetap dalam kariah masjid/surau.
    3. Boleh membaca, menulis dan mengira.
    4. Bagi jawatan Nazir, keutamaan akademik minima ialah mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Agama (SPA) dan keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai diploma.
    5. Calon Nazir hendaklah mampu mengetuai halaqah-halaqah ringan yang melibatkan Ahli Jawatankuasa dan jemaah di samping mampu mengimamkan sembahyang berjemaah, menyampaikan khutbah serta mengetuai majlis tahlil.
    6. Bagi jawatan Setiausaha, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang memiliki pengalaman kesetiausahaan dan pentadbiran.
    7. Bagi jawatan Bendahari, keutamaan hendaklah terdiri daripada mereka yang memiliki ilmu dan berkemahiran dalam penyimpanan buku kira-kira.
    8. Ahli-ahli lain hendaklah terdiri dari mereka yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran.
    9. Mempunyai pengetahuan agama Islam.
    10. Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah.
    11. Selalu membuat amal kebajikan.
    12. Sihat tubuh badan dan mental.
    13. Mempunyai daya kepimpinan.
    14. Sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah dan menunjukkan ciri-ciri kreatif serta sering membawa idea-idea baru untuk meningkatkan kemajuan masjid/surau.
  3. Mohon senaraikan juga penceramah-penceramah yang telah diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor bari tahun 2008 dan 2009?

    Jabatan Agama Islam Selangor telah menyediakan senarai penceramah yang diberi tauliah melalui laman web JAIS: www@jais.gov.my

Lampiran

Tiada Lampiran.