Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

30) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bilangan perpustakaan mengikut kategori di Negeri Selangor?

    Sehingga kini Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor mempunyai 91 buah perpustakaan di seluruh Selangor. Ia terdiri dari sebuah perpustakaan negeri, 7 buah perpustakaan daerah, 4 buah perpustakaan cawangan, 6 buah perpustakaan pekan, 70 buah perpustakaan desa dan 3 buah perpustakaan bergerak.

  2. Berapakah perbelanjaan tahunan bagi 2005-2008 untuk setiap perpustakaan di Negeri Selangor?

    Jumlah keseluruhan perbelanjaan tahunan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk tahun 2005- 2008 ialah:-

     

    TAHUN JUMLAH 
    2005 RM 12,188,856.00
    2006 RM 15,067,672.00
    2007 RM 15,142,720.00
    2008 RM 16,353,015.00
  3. Berapakah jumlah pengunjung tahunan bagi setiap perpustakaan 2005-2008?

    Jumlah pengunjung bagi setiap tahun 2005 sehingga 2009 adalah seperti di jadual:-

     

    Perpustakaan  2005 2006 2007 2008 2009
    Negeri 120,000 130,000 150,000 120,481 62,645
    Daerah/

    Cawangan

    150,000 200,000 250,000 204,712 89,114
    Pekan 70,000 100,00 80,000 65,350 330,78
    Desa 110,000 150,00 250,000 107,874 141,790
    Bergerak 43,366 7,822
    JUMLAH 450,000 580,000 730,000 768,863 334,449

     

    • Rekod rasmi statistik pengunjung Perpustakaan mula diwujudkan pada Tahun 2009 * Pengunjung tahun 2009 sehingga bulan Mei 2009 * Jumlah pengunjung tahun 2005 – 2007 adalah anggaran.

     

    KEAHLIAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR 

    TAHUN 2005-2009

     

    TAHUN  RATU DAERAH  CAWANGAN PEKAN DESA BERGERAK JUMLAH
    2005 4,863 4,541 803 1,231 3,989 945 16,372
    2006 5,879 4,481 617 1,494 7,555 2,619 22,645
    2007 8,368 9,456 2,874 2,180 9,401 3,324 35,603
    2008 8,512 9,253 4,100 1,665 10,358 1,796 35,684
    2009 4,042 4,795 1,617 783 4,712 317 16,266
    • Keahlian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor tahun 2009 sehingga bulan Mei

    2009 

     

    PINJAMAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

    TAHUN 2005-2009

     

    TAHUN  RATU DAERAH  CAWANGAN PEKAN DESA BERGERAK JUMLAH
    2005 48,835 96,156 43,981 37,297 332,895 51,766 610,930
    2006 49,580 90,255 39,823 59,659 383,995 63,713 687,025
    2007 68,319 110,659 84,025 91,398 508,909 66,212 929,522
    2008 75,748 129,007 65,234 69,079 518,868 47,090 905,026
    2009 30,389 54,816 22,756 33,270 197,535 9,146 347,912
    • Pinjaman Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor tahun 2009 sehingga bulan Mei 2009 

Lampiran

Tiada Lampiran.