Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

26) SENI DAN BUDAYA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah bidang-bidang seni yang ketara dan menonjol di negeri Selangor?

    Terdapat banyak bidang seni yang utama pada kehidupan seperti kraf tangan, bahasa, tradisi, makanan, seni & muzik, sejarah, teater, teknologi, seni bina, agama, sistem pendidikan, busana dan kegiatan masa senggang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan memfokuskan beberapa bidang untuk memastikan perkembangan seni budaya Negeri Selangor dapat ditonjolkan dengan seimbang.

     

  2. Bidang-bidang seni yang manakah patut diberi keutamaan di negeri Selangor?

    Di antara bidang yang diberi tumpuan adalah seperti berikut :-

    • Seni Persembahan – teater, tarian dan muzik
    • Sukan Rakyat – gasing, sepak takraw, layang-layang
    • Pendidikan – penyelidikan, pidato
    • kraf tangan – melukis, arca
    • Penulisan – puisi, sajak, cerpen dan lain-lain.
  3. Setakat ini sejauh manakah kejayaan yang dicapai di dalam mempromosikan seni di negeri Selangor?

    Negeri Selangor mempunyai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Kumpulan Kesenian Negeri Selangor dan lain-lain NGO telah berjaya mempromosikan seni budaya di luar negara. Justeru itu, Kerajaan Negeri amat berbangga dengan pencapaian yang telah di kecapi dan beberapa pendekatan sedang diambil bagi memastikan kebudayaan semua kaum dan etnik dapat ditonjolkan secara sama rata dan saksama ke merata dunia.

Lampiran

Tiada Lampiran.