Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

20) SJK(C) SIN MIN, PUCHONG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak peruntukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor diberikan kepada SJK(c) Sin Min, Puchong ?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan kewangan kepada SJK (C) berjumlah RM4,000,000.00 untuk 108 buah SJK(C) di Negeri Selangor. SJK(C) Sin Min adalah termasuk di dalam senarai tersebut dan pihak Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan kepada SJK(C) Sin Min, Puchong berjumlah RM50,000.00 pada 27 Mac 2009 dengan cek bernombor 66901.

  2. Apakah perkembangan mengenai pengambilan tanah di sebelah SJK(C) Sin Min, Puchong untuk tujuan pembesaran sekolah ?

    Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Tanah Daerah Sepang, tiada sebarang permohonan diterima setakat ini bagi pengambilan tanah di sebelah SJK(C) Sin Min, Puchong untuk tujuan pembesaran sekolah.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.