Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

18) USAHAWAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status bantuan lembu atau kambing sebanyak 30 ekor untuk setiap peserta yang mendapat bantuan keusahawanan dari Kerajaan Negeri?

    Status bantuan lembu dan kambing kepada usahawan masih lagi dilaksanakan pada tahun ini dan dalam RMK 9. Permohonan diterima dari semua daerah dan perlu mengikut syarat-syarat serta kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor.

  2. Apakah status perkembangan Program ÒModern Pig Farming AreaÓ pada masa sekarang?

    Projek Modern Pig Farming ( MPF ) masih di dalam peringkat mengenal pasti peruntukan bagi tujuan pengambilan balik tanah. Sementara itu, terdapat enam ( 6 ) buah syarikat yang telah mengemukakan surat niat untuk membangunkan MPF. Task Force MPF akan membuat pemilihan terhadap syarikat yang mampu membiayai kos pengambilan balik tanah, memenuhi kehendak Kerajaan Negeri dan penternak.

  3. Mohon senaraikan usahawan Ð usahawan yang telah dibantu oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam tempoh satu setengah tahun kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri berdasarkan kawasan Parlimen.

    Tiada jawapan diperoleh daripada jabatan berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.