Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
8) TRAGEDI JAYA SUPERMARKET SEKSYEN 14 PJ
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Selangor telah menyenaraihitamkan enam pihak yang terlibat dalam tragedi Pasar raya Jaya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Apakah penglibatan kesemua syarikat ini dalam projek-projek pembangunan di PBT yang lain dan bagaimana PBT dapat memantau projek-projek sedia ada yang masih diusahakan mereka?
Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak mempunyai kuasa dan maklumat untuk memantau projek-projek sedia ada yang masih diusahakan oleh syarikat terbabit di PBT lain.