Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

264) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah masalah kekurangan lampu jalan dan pemisah jalan khususnya dari kilang BERNAS hingga Ke Balai Bomba Sekinchan dapat diselesaikan

    Jalan Persekutuan FT005 adalah merupakan jalan utama yang menghubungkan pekan dari Kilang Bernas ke Balai Bomba Sekinchan. Pemantauan JKR Selangor mendapati jalan tersebut mengalami kekurangan lampu dan pembahagi jalan. Lampu jalan yang dipasang hanyalah di kawasan persimpangan sahaja. JKR Selangor telah mengadakan lawatan bersama Ibu Pejabat JKR Malaysia serta JKR Daerah Sabak Bernam pada 19 Mei 2009. JKR Selangor telah mengemukakan peruntukan ke Ibu Pejabat JKR Malaysia berjumlah RM 2,340,000.00 bagi pemasangan lampu dan pembahagi jalan serta menaik taraf persimpangan.

     

  2. Apakah punca sebenar permohonan tersebut tidak diendahkan?

    Pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia sentiasa mengambil perhatian berhubung masalah dan aduan yang dikemukakan oleh masyarakat setempat. Setiap permohonan peruntukan yang dikemukakan oleh JKR Selangor ke pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia akan disemak dan dinilai dan kelulusan peruntukan akan diputuskan mengikut keutamaan.

  3. Sila kemukakan kaedah yang berkesan bagi mengurangkan berlakunya kemalangan di sepanjang jalan tersebut.

    Cara berkesan bagi mengurangkan berlakunya kemalangan di sepanjang laluan tersebut seperti berikut ;

    • membina ‘Hard Median’ di sepanjang jalan yang dimaksudkan untuk mengawal pengguna lalu lintas daripada membuat ‘Right Turn’ sesuka hati.
    • menyediakan kawasan pusingan U yang sesuai bagi mengelakkan berlakunya pengguna lalu lintas membuat pusingan U tanpa kawalan.
    • menaiktaraf persimpangan-persimpangan utama di samping menyediakan ‘Storage Lane’ supaya pergerakan lalu lintas keluar masuk dapat dikawal sepenuhnya.
    • menaik taraf lampu-lampu jalan sedia ada di samping menambah bilangan lampulampu jalan tersebut terutamanya pada persimpangan-persimpangan yang telah dinaiktaraf.
    • menambah papan tanda-papan tanda amaran di kawasan yang bersesuaian di sepanjang laluan tersebut.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.