Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
260) PEMBELIAN KERETA CAMRY
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jika sebab penukaran kereta perdana kepada Camry bagi ahli Exco adalah kos penyelenggaraan yang tinggi, mengapakah kereta perdana untuk PBT dan agensi kerajaan yang lain tidak ditukar?
Keputusan kereta Perdana untuk PBT dan agensi lain akan dilaksanakan mengikut keperluan selepas perbincangan dengan PBT dan agensi tersebut. Sebarang perubahan juga, jika ada, akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Negeri, PBT dan agensi tersebut.
-
Apakah yang sudah terjadi kepada kereta perdana lama pihak Exco? Sila nyatakan butir-butir.
Kereta Perdana V.6 Executive lama sebanyak sepuluh (10) buah di mana tujuh (7) buah tidak lagi ekonomik untuk digunakan kerana tempoh hayatnya telah melebihi 5 tahun. Sehubungan itu semua kereta tersebut telah dijual secara Tender Terbuka yang di Iklankan melalui Laman Web SUK dan surat edaran. Dari Tender tersebut 6 buah kereta telah berjaya dijual seperti di butiran berikut di bawah manakala sebuah lagi akan di tender semula kerana tiada petender yang berjaya. Bagi 3 buah lagi kereta yang tidak di tender ini masih disimpan dan diselenggarakan oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri untuk kegunaan semasa kecemasan.
Bil
No. Pendaftaran Kenderaan
Harga (RM)
Nama Penender/Pembeli
1.
BKF 5108
30,100.00
En. Tan Chan @ Yam Peng Song
2.
BHL 100
35,300.00
Syarikat Kereta Mahandar Sdn Bhd.
3.
BKF 5107
39,700.00
Lembaga Zakat Selangor
4.
BKF 37
37,000.00
En. Tai Poo Hua
5.
BHD 1221
35,000.00
En. Kok Voon Kay
6.
BHG 318
33,000.00
En. Kok Voon Pay