Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
259) PKFZ
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan yang ada pada kerajaan negeri jikalau PKFZ diserahkan kepada Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri boleh menjadikan PKFZ pemangkin pembangunan industri di kawasan tersebut. Kita boleh menggabungkan peranan pelabur tempatan dan luar bagi menyumbang terhadap peranan PKFZ.
Saya bersedia menyumbang pengalaman saya sebagai bekas Pengerusi Kontena Nasional yang mengambil alih penswastaan Pelabuhan Klang dan mentadbir Pelabuhan Utara selama beberapa tahun.
-
Apakah syarat-syarat Kerajaan Negeri untuk mengambil alih PKFZ memandangkan projek ini menanggung kerugian yang besar setakat sekarang?
Kerajaan Negeri meminta Kerajaan Pusat ‘write-off’ kerugian besar PKFZ dan menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri pada harga nominal dan memberi kuasa penuh kepada Kerajaan Negeri untuk memajukannya.