Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

254) HAKMILIK TANAH UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil di negeri Selangor yang duduk atas tanah bukan kerajaan?

    Terdapat 3 buah sekolah yang duduk atas tanah bukan kerajaan iaitu 1 sekolah SK iaitu SK Taman Setia, 1 sekolah SJKC iaitu SJKC Desa Jaya dan 1 sekolah SJKT iaitu SJKT Melawati yang mana ketiga-tiga sekolah ini berada di daerah Gombak.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk beri atau pun beli tanah untuk sekolah-sekolah yang duduk di atas tanah bukan kerajaan supaya sekolah-sekolah ini boleh dapat taraf bantuan penuh?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri masih belum bersedia untuk membeli atau memberi tanah bukan kerajaan kepada sekolah-sekolah. Namun begitu Kerajaan Negeri melalui Exco Pendidikan dan Pendidikan Tinggi bersedia untuk membantu dan mengambil perhatian berkenaan permasalahan ini. Oleh yang demikian, pihak yang berkenaan adalah dipelawa untuk memberi maklumat dan informasi berkenaan perkara yang berkaitan dari mana-mana pihak. Exco Pendidikan akan mempertimbangkan perkara tersebut dengan membincangkannya dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan penyelesaian.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.