Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

238) PERMOHONAN TANAH DAN TUKAR STATUS TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak pemohon tanah mengeluh dan mendakwa kerajaan sekarang lebih lambat meluluskan sesuatu permohonan berkaitan tanah. Apakah ada prosedur permohonan tanah dan garis panduan baru dikeluarkan hingga mengganggu kelancaran proses ini dan jika ada sila jelaskan perubahan yang dilakukan?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 20 Mei 2009 dan 17 Jun 2009 telah memutuskan supaya setiap permohonan pemberimilikan tanah diangkat semula dan diproses mengikut kawasan atau kampung secara berkelompok bagi memastikan masalah tanah ini selesai secara muktamad. Perubahan pendekatan ini menimbulkan sedikit kelewatan memandangkan Pejabat-pejabat Tanah Daerah perlu membuat siasatan semula terhadap tanah-tanah yang dipohon untuk mencapai hasrat Kerajaan Negeri dan selaras dengan dasar Negeri Berkebajikan. Kerajaan Negeri yakin pendekatan diambil boleh selesaikan masalah pemberimilikan tanah secara komprehensif dan sistematik.

  2. Ada dakwaan mengatakan adanya unsur memperlambat atau sabotaj oleh pihak tertentu supaya rakyat diberi gambaran seolah-olah kerajaan sekarang lembap dan apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Jun 2009 telah menolak soalan ini.

  3. Jelaskan hasil cukai tanah mengikut daerah yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2007, 2008 dan 6 bulan pertama tahun 2009

    Jumlah keseluruhan kutipan hasil cukai tanah bagi Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    1. 2007 :RM387,376,285.61;
    2. 2008  :RM435,224,001.77; dan
    3. 2009 : RM 358,735,488.54 (sehingga 31 Mei 2009)

    Pecahan jumlah keseluruhan pencapaian kutipan cukai tanah adalah seperti di jadual seperti di bawah :

    JADUAL : JUMLAH KESELURUHAN PENCAPAIAN KUTIPAN CUKAI TANAH PEJABAT-

    PEJABAT TANAH TAHUN BERAKHIR 2007, 2008 DAN SEHINGGA MEI 2009

    BIL DAERAH KUTIPAN CUKAI TANAH
    BERAKHIR       

    31 DIS. 2007       (RM)

             BERAKHIR       

            31 DIS. 2008      

    (RM)        

             BERAKHIR

             30 MEI 2009

    (RM)

    1 KLANG 88,217,253.92 156,908,219.45 129,316,178.06
    2 PETALING 154,251,725.23 123,178,099.74 91,859,826.55
    3 KUALA LANGAT 13,356,531.41 52,979,480.71 45,473,909.64
    4 KUALA SELANGOR 7,295,240.66 34,316,869.67 35,026,997.45
    5 SABAK BERNAM 3,455,086.24 12,100,397.03 10,585,018.32
    6 HULU LANGAT 33,137,212.42 6,991,078.82 6,041,642.97
    7 GOMBAK 47,053,708.88 3,306,952.06 2,853,914.25
    8 SEPANG 14,760,489.07 23,825,698.07 19,373,016.39
    9 HULU SELANGOR 25,849,037.78 21,617,206.22 18,204,984.91
    JUMLAH KESELURUHAN 387,376,285.61 435,224,001.77 358,735,488.54

Lampiran

Tiada Lampiran.