Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
237) RANCANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI MEMASTIKAN HAK BANGSA BUMIPUTERA DIPERTAHAN DAN DIKEKALKAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan pihak kerajaan bagi memastikan hak bangsa bumiputera terus dipertahankan dan dikekalkan tanpa bangsa lain mengungkit hak keistimewaan bangsa bumiputera seperti tanah rizab orang Melayu, agama rasmi dan faktor pendidikan?
Pakatan Rakyat yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor sememangnya menerima peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan Menjamin kebebasan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta hak-hak semua kaum. Pada 8 September 2008 Majlis Pimpinan PR telah menandatangani kenyataan tersebut yang ditandatangani YB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB. Dato’ Husam Musa dan YB. Tuan Lim Kit Siang. Pada Mac 2009 Kerajaan Negeri telah menubuhkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan bagi mengkoordinasi, menyelaras dan memantau Kebudayaan Melayu Dan Warisan Sejarah di Selangor. Ini merupakan peristiwa bersejarah kerajaan belum pernah dalam sejarah negeri akta seperti ini diperkenalkan.
-
Adakah perlu diwujudkan Akta / Perlembagaan serta Jawatankuasa tetap di setiap negeri yang akan membantu mengekalkan hak dan keistimewaan taraf bangsa bumiputera dan orang Melayu tanpa dipersoalkan oleh mana-mana bangsa lain
Kerajaan Negeri memikirkan adanya peruntukan undang-undang yang sedia ada cukup untuk memastikan peruntukan perlembagaan sedia ada dipelihara.