Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

235) PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar kemiskinan untuk Negeri Selangor dari tahun 2004 hingga 2009?

    Dari tahun 2004 hingga Mac 2008, kadar kemiskinan di negeri Selangor adalah 0.9% iaitu di bawah 1% berdasarkan kepada Garis Kemiskinan RM731 seisi rumah. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan bagi Negeri Selangor pada tahun 2009 telah meningkat kepada 30% setelah Kerajaan Negeri menetapkan Pendapatan Garis Kemiskinan Negeri kepada RM1500 seisi rumah bagi lima (5) orang ahli isi rumah.

  2. Apakah jumlah warga miskin mengikut pecahan daerah dan kaum di Selangor dari tahun 2004 hingga 2009?

    Taburan Ketua Isi rumah Miskin mengikut daerah dan kaum adalah seperti berikut:-

    Daerah Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
    Hulu

    Selangor

    2138 204 568 0 2905
    Kuala

    Selangor

    274 11 53 0 338
    Sabak Bernam 1302 58 0 0 1360
    Klang 840 53 883 8 1784
    Kuala Langat 1575 127 168 0 1870
    Gombak 1103 53 385 25 1566
    Hulu Langat 1549 27 81 0 1657
    Sepang 418 54 104 120 696
    Petaling 1014 178 622 0 1817
    JUMLAH 10,216 765 2859 153 13,990

     

     

     

    Data kemiskinan adalah sangat dinamik. Umum mengetahui bahawa banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada kemiskinan. Penghijrahan, kematian ketua isirumah, keadaan ekonomi, sikap dan mentaliti individu dan pelbagai faktor lain boleh menjadi penyumbang kepada insiden kemiskinan.  Data juga akan berubah apabila garis kemiskinan diubah. Justeru, Kerajaan Negeri sedang memperkemaskan maklumat dan data kemiskinan secara menyeluruh agar dapat memudahkan akses dan bantuan kepada penerima.

     

    1. Pembangunan ekonomi yang pesat di Selangor merangsang penghijrahan penduduk dari negeri-negeri secara aktif dan berterusan. Pelaksanaan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan beban ekonomi rakyat Negeri Selangor. Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) turut dilaksanakan dengan pendekatan menjaga hal-hal kebajikan rakyat Negeri Selangor tanpa mengambil kira status kaum, agama, usia dan fahaman politik. Program-program yang dilaksanakan menerusi konsep ’Merakyatkan Ekonomi Selangor’ bertindak sebagai serampang dua mata di mana memulangkan semula hasil negeri kepada rakyat Negeri Selangor dan seterusnya dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Negeri Selangor khususnya bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan yang rendah. Pada masa kini, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM1500 dikategorikan sebagai golongan miskin. Dengan perlaksanaan MES ini, perbezaan antara golongan kaya dan miskin dapat dikurangkan dan seterusnya rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa dan harmoni dalam Negeri Selangor.

     

    Justeru, Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha membasmi kemiskinan melalui Programprogram Pembasmian Kemiskinan yang telah dan sedang dilaksanakan. Program-program yang dilaksanakan sama ada berbentuk jangka pendek atau jangka panjang, dirangka secara khusus untuk membantu golongan miskin sama ada yang berada di bandar mahupun di luar bandar untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

  3. Apakah perancangan kerajaan bagi membantu golongan miskin di Selangor khasnya dalam merapatkan jurang kemiskinan antara bandar dan desa?

Lampiran

Tiada Lampiran.