Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

234) PERBELANJAAN PAKEJ RANSANGAN EKONOMI YANG DIRANCANG OLEH NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor yang menetapkan sejumlah RM 50 bilion telah diluluskan dalam bulan Mac lalu. Apakah Pelan Tindakan terhadap 5 bidang yang dikenal pasti?

    Pada awal pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor terapat lima perkara yang akan diberi keutamaan iaitu:

    • Pemulihan dan pembersihan Sungai Klang yang melibatkan pembangunan kawasan perumahan di sepanjang sungai dan tanah rizab.
    • Perluasan sistem pengangkutan bagi seluruh negeri Selangor termasuk perluasan sistem transit aliran ringan (LRT).
    • Usaha menaik taraf dan menggantikan aset air berikutan pengambilalihan aset air Selangor oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
    • Pembaharuan aktiviti di bandar, iaitu menumpukan usaha terhadap pembangunan semula kawasan terbiar termasuk di Petaling Jaya dan Klang.
    • Pembangunan semula projek-projek perumahan yang terbengkalai
  2. Sehingga kini, apakah jumlah yang telah diagihkan bagi tahun 2009 dan nyatakan bidang yang diagihkan

    Untuk 2009, sebanyak RM353,540 telah diagihkan dan lebih kurang RM600,000 akan diagihkan. Jumlah yang telah diagihkan sebanyak RM353,540 yang telah diagihkan melibatkan proses “mapping” di kawasan sekeliling Sungai Klang menggunakan GIS (Geographical Information System) untuk inventori guna tanah di kawasan tersebut.

     

    Jumlah yang akan diagihkan sebanyak RM600,000 pula melibatkan peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk proses mapping terperinci Sungai Klang dan juga program-program kempen bersama-sama NGO untuk memberi kefahaman kepada orang awam tentang pentingnya penjagaan sungai.

Lampiran

Tiada Lampiran.