Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

224) MASALAH SOSIAL / KELAKUAN ANTI-SOSIAL

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kuasa-kuasa yang ada kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangani masalah sosial dan kelakuan anti-sosial?

    Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa yang terhad dalam menangani masalah sosial dan kelakuan anti-sosial yang berlaku dalam institusi masyarakat di mana agensi atau badan yang lebih berperanan penting ialah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui penguatkuasaan undang-undang dan perlembagaan. Kuasa-kuasa yang ada PBT adalah secara am sahaja iaitu melalui enakmen dan undang-undang kecil sedia ada yang berkaitan bagi setiap PBT iaitu seperti berikut :

     

    1. Undang-undang Kecil Taman – untuk menangani isu berkelakuan sumbang
    2. Undang-undang Kecil Vandalisme – untuk menangani isu vandalisme
  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

    Kerajaan Negeri menerusi usaha sama dengan Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Penduduk, Badan Berkanun dan sebagainya ada menjalankan beberapa program dan aktiviti bagi membendung gejala sosial ini daripada berleluasa iaitu seperti berikut :

     

    1. Menggerakkan kesedaran masyarakat melalui Agenda Tempatan 21 J/K Kecil Sosial dan Ekonomi
    2. Mengadakan rondaan kawasan-kawasan rekreasi secara berkala oleh Jawatankuasa Penduduk, Penguatkuasa dan pihak Polis.
    3. Melaporkan aduan/masalah berkaitan kepada Jawatankuasa Agama/Polis.
    4. Mengadakan kempen kesedaran

     

Lampiran

Tiada Lampiran.