Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

212) PENGGUNAAN INTENET JALUR LEBAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan yang ada pada kerajaan untuk membangunkan penggunaan Internet jalur lebar di Selangor?

    Inisiatif Kerajaan Negeri terhadap pembangunan internat jalur lebar boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu :

    1. Wayar (wired) : Kerajaan Negeri menyokong pelaksanaan High Speed Broadband (HSBB) yang peletakan kabel fiber optic oleh syarikat Telekom Malaysia Berhad terutamanya di kawasan lembah Klang.
    2. Tanpa Wayar (wireless) : Pelaksanaan projek Hybrid Wireless Infrastructure Network (HyWIN) akan meletakkan infrastruktur secukupnya bagi membolehkan seluruh Negeri Selangor mempunyai capaian kepada internat sebelum 2015.

     

  2. Bagaimanakah kerajaan Selangor dapat melibatkan diri dalam pembangunan penggunaan Internet jalur lebar di Selangor khususnya WiMAX?

    Kerajaan Negeri mengalu-alukan penyertaan atau sebarang cadangan kerjasama pintar dengan semua pemegang-pemegang lesen WiMAX di Malaysia seperti Packet 1 Sdn Bhd, Redtone Berhad, Asia Space Sdn Bhd dan YTL Corporation Sdn Bhd atau manamana penyedia teknologi lain untuk sama-sama membangunkan teknologi ini untuk kebaikan semua rakyat di Negeri Selangor. Selain daripada itu projek HyWIN juga telah bersedia dari sudut keupayaan teknologi WiMAX (IEEE 802.16) untuk ditawarkan kepada pengguna pada masa yang bersesuaian.

Lampiran

Tiada Lampiran.