Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
210) HUTAN LIPUR DAERAH HULU LANGAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan dan peruntukan kerajaan Selangor dalam membangunkan kawasan Hutan Lipur di Daerah Hulu Langat sebagai pusat eko-pelancongan?
Perancangan dalam membangunkan Kawasan Hutan Lipur di Daerah Hulu Langat adalah dengan merangka aktiviti seperti perkelahan, perkhemahan, merentas denai hutan, mendaki gunung, pendidikan alam sekitar/perhutanan, mountain biking, forest and river exploring. Kemudahan dan perkhidmatan/aktiviti akan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Jabatan juga akan bekerjasama dengan Tourism Selangor (TSSB) serta Badan-badan Bukan Kerajaan seperti Kembara Malaysia dan TrEES untuk tujuan membangun dan mempromosi produk tersebut sebagai eko-pelancongan. Peruntukan bagi RMK-9 untuk Daerah Hulu Langat adalah RM1,560,000.00 bagi tahun 2009 telah diluluskan sebanyak RM220,000.00 dan bagi tahun 2010 telah pohon sebanyak RM310,000.00
-
Apakah syarat-syarat yang dikeluarkan kepada syarikat pengurusan hutan lipur Sg. Congkak, Hulu Langat?
Hutan Lipur Sungai Chongkak (HLSC) diurus Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB). Tidak ada syarat-syarat khusus yang dikenakan kepada TSSB semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan cadangan pengurusan HLSC oleh TSSB. Walau bagaimanapun MMKN bersetuju supaya caj hanya dikenakan bagi pintu masuk, tempat letak kereta, kawasan perkhemahan dan penggunaan chalet.