Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
207) KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk melantik Yang Di Pertua Majlis Perbandaran dan Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah daripada kalangan bukan Melayu?
Kerajaan Negeri akan melantik YDP mengikut prosedur dan dasar kerajaan, terbuka untuk semua rakyat Selangor yang berkelayakan.
-
Berapakah jumlah-jumlah pengarah-pengarah di setiap Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh Negeri Selangor dari segi komposisi kaum?
Berikut jumlah pecahan Pengarah Jabatan dan Ketua Bahagian mengikut komposisi kaum di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor :
BIL. PBT KOMPOSISI KAU M MELAYU CINA INDIA 1. MBSA 22 – – 2. MBPJ 12 – 1 3. MPK 18 – – 4. MPSJ 20 – – 5. MPAJ 14 – – 6. MPS 15 – – 7. MPKJ 11 – – 8. MPSp 12 – 1 9. MDKS 12 – – 10. MDKL 17 1 – 11. MDHS 17 – – 12. MDSB 13 – – JUMLAH 184 1 2