Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
202) BANTUAN KEPADA PELAJAR UNISEL
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tahun ini beberapa pelajar akan berjaya memasuki UNISEL. Dari bilangan ini berapa peratus adalah anak negeri Selangor dan di antara mereka berapa banyak yang menerima bantuan kewangan untuk menanggung pembelajaran mereka?
Mengikut rekod tahun 2009 pelajar yang telah berjaya memasuki UNISEL pada semester Mei 2009 adalah seramai 1200 orang pelajar meliputi Kampus Bestari Jaya dan Kampus Shah Alam di mana 37.6% adalah anak Negeri Selangor. Manakala jumlah untuk kemasukan sesi Ogos 2009 iaitu sebagai semester utama kemasukan pelajar, jumlah yang dijangkakan akan meningkat ke 2500 orang.
Secara keseluruhannya, jumlah pelajar UNISEL yang telah mendapat bantuan kewangan sehingga sekarang adalah seramai 10,253 iaitu 75.9%.
-
Nyatakan sumber bantuan mereka
Berikut adalah senarai bantuan yang boleh dipohon oleh pelajar UNISEL:-
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
- Yayasan Selangor
- Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK)
- MARA
- Yayasan Negeri