Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

200) KEGANASAN TERHADAP WANITA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak dilancarkan semula Pusat Sehenti Krisis oleh jawatankuasa, berapa DUN yang telah mengadakan kempen tersebut

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita mensasarkan ‘Kempen Katakan Tidak Kepada Keganasan’ diadakan di seluruh 56 DUN Selangor. Berikut adalah kawasan DUN yang telah diadakan kempen tersebut pada bulan Mei:

    1. Bangi
    2. Sri Muda
    3. Batu Caves
    4. Kuala Kubu Baharu
    5. Damansara Utama
    6. Hulu Kelang
    7. Taman Medan

     

    Berikut adalah kawasan DUN yang akan diadakan di sepanjang bulan Jun:

    1. Rawang
    2. Sg Panjang
    3. Sg Air Tawar
    4. Gombak Setia
    5. Kota Alam Shah
    6. Sekinchan
    7. Tanjung Sepat
    8. Sri Kembangan
    9. Bukit Lanjan
    10. Dusun Tua
    11. Sungai Pelek
    12. Kampung Tunku
    13. Hulu Bernam
    14. Seri Setia
    15. Cempaka
    16. Bukit Gasing
    17. Jeram
    18. Sg Pinang
    19. Sabak
    20. Teluk Datuk
    21. Batu Tiga
    22. Sementa
  2. Berapa dan siapakah NGO yang dilantik menjayakan kempen

    Kempen Kesedaran OSCC ini dijalankan dengan kerjasama sama NGO-NGO setempat dan pihak NGO terbabit akan mengadakan kempen tersebut dengan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri. Pemilihan NGO ini dibuat oleh Sekretariat OSCC yang diketuai oleh Y.B Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita. Berikut adalah NGO-NGO yang telah dipilih untuk melaksanakan kempen ini di seluruh negeri Selangor:

     

    1. Women Institute For Research, Development and Advancement (WIRDA)
    2. Badan Amal Kami Prihatin
    3. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
    4. HELWA ABIM
    5. All Women’s Act Society (AWAS)
    6. International Muslim Women’s Union Malaysia
    7. Persatuan Wanita Kurang Upaya Malaysia (Perwakum)
    8. Aksi Cepat Tanggap Malaysia (ACT)
    9. Wanita JIM Selangor.

     

  3. Apakah pertambahan kes-kes yang dirujuk kepada OSCC berbanding masa yang sama tahun lepas

    Berikut adalah kes-kes yang dilaporkan di hospital-hospital Selangor bagi tahun 2008: i. Hospital Ampang

    BIL JENIS KEGANASAN BILANGAN YANG

    DILAPORKAN

    1. Rogol (Wanita > 18 tahun) 35
    2. Penderaan Isteri / keganasan rumah tangga 199
    3. Liwat (wanita > 18 tahun) 4
    4. Cabul (wanita > 18 tahun) 28
    5. Rogol (wanita < 18 tahun) 28
    6. Liwat (wanita < 18 tahun) 1
    7. Penderaan kanak-kanak 28
    8. Cabul (wanita < 18 tahun) 23
    9. Penderaan kanak-kanak (lelaki) 13
    10. Liwat (Lelaki) 3

     

    1. Hospital Sungai Buloh
    BIL JENIS KEGANASAN BILANGAN YANG

    DILAPORKAN

    1. Rogol 9
    2. Penderaan Isteri / keganasan rumah tangga 20
    3. Penderaan Kanak-kanak 12
    4. Penderaan (Lelaki) 1

     

Lampiran

Tiada Lampiran.