Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

197) PENILAIAN PRESTASI EXCO

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme yang diguna pakai untuk menilai prestasi ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sejak Mac 2008?

    Setakat ini tidak ada mekanisme khusus bagi menilai prestasi EXCO-EXCO.  Walau bagaimanapun saya sering mendapat pandangan daripada agensi kerajaan, ADUN dan juga rakyat tentang prestasi EXCO.  Saya sering mengingatkan EXCO untuk memberi perkhidmatan terbaik mereka di dalam berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor.

     

     

  2. Sudahkah penilaian dibuat? Jika ya, apakah kesimpulan dan langkah memperbaiki yang akan diambil? Jika belum, apakah sebabnya?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.