Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
196) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mohon nyatakan jumlah perdagangan negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2008. Sila nyatakan butiran.
Negeri Selangor merupakan antara penyumbang terbesar perdagangan di Malaysia di mana urus niaga perdagangan ini melalui Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Walau bagaimana pun, maklumat yang diperoleh daripada Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) hanya mempunyai butiran jumlah perdagangan bagi Malaysia dan tiada pecahan butiran mengikut negeri-negeri. Sehubungan dengan itu, jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2008 berjumlah RM 1.185 trilion dengan jumlah eksport sebanyak RM 663.51 bilion melebihi dari jumlah import sebanyak RM 521.5 bilion yang menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM 142.01 bilion.
-
Mohon nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor.
Antara 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagangan Malaysia bagi tahun 2008 adalah seperti berikut:
- Eksport Tahun 2008
Negara Nilai eksport (RM bilion) Singapura 97.77 Amerika Syarikat 82.74 Jepun 71.79 China 63.21 Thailand 31.75 Hong Kong 28.33 Korea 25.88 India 24.73 Australia 24.41 Netherlands 23.44 Sumber : Matrade ii. Import Tahun 2008
Negara Nilai import (RM billion) China 66.85 Jepun 65.10 Singapura 57.32 Amerika Syarikat 56.45 Thailand 29.27 Taiwan 25.09 Korea 24.22 Indonesia 24.19 Jerman 22.47 Hong Kong 13.60 Sumber : Matrade
-
Mohon nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2009
Kerajaan Negeri Selangor sedar bahawa jumlah perdagangan meningkat dari tahun demi tahun. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah dan akan terus melaksanakan beberapa strategi pada tahun 2009 agar prestasi ini dapat dipertahankan. Beberapa strategi yang dirancang ialah:
- Mempromosikan kawasan-kawasan tertentu seperti Pulau Indah sebagai kawasan aktiviti perdagangan atau trading hub;
- Program yang berorientasikan Business networking atau program temu suai perniagaan akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa;
- Menganjurkan misi lawatan penggalakan pelaburan dan perdagangan ke luar negara yang berpotensi; dan
- Penyertaan syarikat-syarikat dari Selangor dalam pameran-pameran yang dianjurkan di dalam dan luar negara.