Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

194) ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan laporan kewangan tahunan semua anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2008

    Sehingga kini, Kerajaan Negeri mempunyai 9 buah Anak-anak syarikat di bawah Menteri Besar Selangor(MBI) seperti jadual berikut:-

     

    Bil Nama syarikat Tarikh saham dipegang Jumlah unit saham Peratusan pegangan saham  (%)
    1. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 11/1/1995 262,408,163 100
    2. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) 15/10/1990

     

    24,000,000 99.99
    3. Selangor State Investment Centre (SSIC) 8/10/2007 1,999,999 99.99
    4. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYS) 26/1/2007 643,694 100
    5. Bukit Beruntung Golf & Country Resort

    Berhad (BBGC)

    26/09/2008

     

    5,000,000 100
    6. Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) 5/6/2008 1,999,998 99.99
    7. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) 26/06/2008 2,499,998 99.99
    8. Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) 2/9/2008 300,000 100
    9. Communication          Corporation     Sdn             Bhd (CCSB) 18/2/2009

     

    1,000,000 100

     

    Maklumat laporan kewangan tahunan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2008 adalah seperti yang diringkaskan dalam persembahan Lembaran Imbangan dan Penyata Pendapatan. Sila rujuk Lampiran.

  2. Adakah penstrukturan semula akan dilakukan di anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor? Jika ya, bilakah penstrukturan semula itu akan diadakan?

    Kerajaan Negeri Selangor tidak berhasrat untuk menstrukturkan semula anak-anak syarikat Kerajaan Negeri sebaliknya pada ketika ini, Kerajaan Negeri lebih memberi perhatian kepada pegangan yang sedia ada dengan memantapkan lagi struktur pentadbiran dan aktiviti syarikat bagi menjana ekonomi serta menambahkan keuntungannya pada masa akan datang. Untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri telah pun melantik pengurusan baru bagi mentadbir Pemerbadanan Menteri Besar Selangor(MBI). Objektifnya adalah bagi memantau operasi dan pengurusan anak-anak syarikat yang dimiliki oleh MBI dengan lebih agresif dan berkesan.

  3. Bagaimanakah Ahli-ahli Lembaga Pengarah baru dilantik?

    Kriteria yang diguna pakai untuk melantik Ahli Lembaga, lazimnya dicadangkan melalui Y.A.B. Dato’ Menteri Besar sebagai Pengerusi MBI.