Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
153) KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mohon dijelaskan kaedah apakah yang digunakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dalam membuat pengisytiharan harta. Adakah ianya turut mengambil kira pengisytiharan harta itu termasuk bersama rakan kongsi yang mereka miliki selama ini?
Sepertimana yang telah dimaklumkan pengisytiharan harta oleh ahli MMKN yang sedia digunakan melibatkan semua aset yang diperoleh mereka dalam bentuk kewangan (seperti pendapatan bulanan, dividen, saham) atau harta (seperti rumah, kereta dan lain-lain) dari 8 Mac 2008 – iaitu tarikh pelantikan jawatan MMKN. Ini adalah kerana tujuan pengisytiharan harta adalah untuk memastikan ahli MMKN tidak menggunakan kuasa mereka untuk memperoleh aset.
Walau bagaimanapun, sebagai kerajaan yang mengutamakan ketelusan dan bertanggung jawaban, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk memperbaiki kaedah pengisytiharan harta dan sedang meneliti semua pelbagai kaedah yang diguna pakai oleh negara-negara maju. Apabila kaedah yang baharu telah dikenal pasti, satu pengumuman akan dibuat dengan kadar segera.
Pengisytiharan harta senaraikan harta milik ahli MMKN sendiri, bersama keluarga terdekat (immediate family) iaitu suami/isteri dan anak sampai umur 18 tahun dan tidak mengambil kira harta yang dimiliki oleh rakan kongsi.
-
Apakah status laporan kes rasuah YAB DATO' Menteri Besar yang berkaitan dengan pembelian lembu korban yang dihadiahkan kepada masjid dan surau di sekitar Bandar Tun Razak dan pembelian spare part kereta LEXUS yang telah dimajukan kepada SPRM?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 22 Jun 2009 telah menolak soalan ini.