Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

150) PELABURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun pertama 2009 secara perbandingan dengan setengah tahun pertama 2008 mengikut pecahan daerah.

    Jumlah pelaburan yang diperoleh oleh Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 secara perbandingan dengan tempoh yang sama bagi tahun 2008 adalah seperti berikut;-

    Projek Perkilangan Yang Diluluskan Di Selangor Mengikut Daerah Bagi Tempoh Januari Hingga Mac 2009

    Daerah Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Petaling 32 1,944 438,888,383 112,117,509 551,005,892
    Klang 22 1,100 360,238,861 96,086,862 456,325,723
    Hulu Langat 7 372 19,830,849 55,818,060 75,648,909
    Kuala Selangor 4 305 12,368,172 43,936,000 56,304,172
    Kuala Langat 3 365 35,775,914 1,321,200 37,097,114
    Gombak 3 171 25,516,000 864,000 26,380,000
    Hulu Selangor 1 39 500,000 0 500,000
    Sepang 0 0 0 0 0
    Sabak Bernam 0 0 0 0 0
    Lain-lain Kawasan 1 14 6,400,000 0 6,400,000
    Jumlah 73 4,310 899,518,179 310,143,631 1,209,661,810

    Sumber : MIDA

     

     

    Projek Perkilangan Yang Diluluskan Di Selangor Mengikut Daerah Bagi Tempoh Januari Hingga Mac 2008

     

    Daerah Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Kuala Langat 5 496 70,514,255 561,035,539 631,549,794
    Petaling 12 990 44,905,165 132,887,418 177,792,583
    Klang 14 1,077 93,237,299 49,561,201 142,798,500
    Hulu Langat 7 332 23,405,773 7,989,154 31,394,927
    Kuala Selangor 2 143 17,427,274 1,447,764 18,875,038
    Hulu Selangor 1 26 4,489,031 4,489,031 8,978,062
    Gombak 3 88 8,097,299 0 8,097,299
    Sepang 0 0 0 0 0
    Sabak Bernam 0 0 0 0 0
    Lain-Lain Kawasan 14 569 51,692,604 656,125,072 707,817,676
    Jumlah 58 3,721 313,768,700 1,413,535,179 1,727,303,879

    Sumber : MIDA

     

  2. Bagaimanakah prestasi Negeri Selangor dalam memperoleh pelaburan bagi setengah tahun pertama 2009 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain?

    Prestasi pelaburan bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 bagi Negeri Selangor

    berbanding negeri-negeri lain adalah seperti berikut jadual berikut;-

     

    Daerah Projek Peluang

    Pekerjaan 2,669

    Pelaburan

    Tempatan (RM)

    815,151,135

    Pelaburan

    Asing (RM)

    1,490,631,521

    Jumlah Modal

    Pelaburan (RM)

    2,305,782,656

    Johor 36
    Sarawak 5 2,450 1,605,479,958 99,214,208 1,704,694,166
    Selangor 73 4,310 899,518,179 310,143,631 1,209,661,810
    Pulau Pinang 31 1,536 278,936,366 470,910,404 749,846,770
    Kedah 11 1,439 61,182,381 351,467,121 412,649,502
    Terengganu 3 237 3,940,000 290,300,000 294,240,000
    Perak 12 507 135,737,369 134,926,669 270,664,038
    Sabah 6 358 160,693,480 23,913,520 184,607,000
    Pahang 4 380 144,944,950 18,545,400 163,490,350
    Negeri Sembilan 5 303 11,995,360 50,745,440 62,740,800
    Melaka 3 212 30,569,883 29,450,000 60,019,883
    W. P. Kuala

    Lumpur

    4 119 19,403,895 19,298,674 38,702,569
    Kelantan 1 20 2,522,000 0 2,522,000

     

    Daerah Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    W. P. Labuan         0
    Perlis         0
    Jumlah 194 14,540 4,170,074,956 3,289,546,588 7,459,621,544

    Sumber : MIDA

  3. Apakah langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor?

    Langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Selangor adalah seperti berikut;-

    • Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing. ii. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
    • Menaik taraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
    • Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
    • Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One Stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
    • Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah. vii. Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian yang kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam memberi perkhidmatan.
    • Pemantauan yang lebih kerap untuk projek-projek yang sedang dilaksanakan.
    • “Hand hold” program. xii. Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara. xiii.       Bekerjasama dengan pihak swasta bagi menarik pelaburan dari luar negara.
    • Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi
    • Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikkan sistem penyampaian di Negeri Selangor

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.