Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

145) PERTANIAN DAN ALAM SEKITAR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Modern Pig Farming Area Ð Apakah status projek berkenaan dan bila ia akan mula dilaksanakan?

    Projek Modern Pig Farming (MPF) masih di dalam peringkat mengenal pasti peruntukan bagi tujuan pengambilan balik tanah. Sementara itu, terdapat enam (6) buah syarikat yang telah mengemukakan surat niat untuk membangunkan MPF.  Task Force MPF akan membuat pemilihan terhadap syarikat yang mampu membiayai kos pengambilan balik tanah, memenuhi kehendak Kerajaan Negeri  dan penternak.

  2. Senaraikan nama syarikat juru perunding dan kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi projek pembersihan dan menaik taraf sungai Klang sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri, dan nyatakan perbelanjaan sebenar yang terlibat

    Lebih daripada 10 syarikat swasta telah menyatakan keinginan untuk melibatkan diri dalam projek pembersihan Sungai Klang. Walau bagaimanapun, projek ini belum mencapai fasa pembersihan lagi, dan ia masih di peringkat kajian yang dijalankan oleh JPBD, PTG, LUAS dan JPS. Kontraktor hanya dipanggil untuk memberi pembentangan, dan tiada lagi yang dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.