Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

139) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri bertekad untuk menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dan memenuhi aspirasi rakyat melalui slogan yang acap kali dicanang-canangkan. Berapakah jumlah projek terbengkalai yang sudah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri dan mohon disenaraikan mengikut daerah?

    Mengikut data terkini, terdapat sebanyak 144 projek terbengkalai yang dikenal pasti di seluruh Negeri Selangor melibatkan 49,451 pembeli. Pecahan projek terbengkalai mengikut PBT adalah seperti berikut :

     

    STATISTIK PROJEK TERBENGKALAI DI NEGERI SELANGOR  

     

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH UNIT
    1 MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 19 5,480
    2 MAJLIS PERBANDARAN KLANG 28 4,061
    3 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 7 2,996
    4 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 13 3,022
    5 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 10 9,208
    6 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 16 2,936
    7 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 11 4,202
    8 MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT 8 962
    9 MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR 11 5,405
    10 MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 13 7,238
    11 MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 8 3,941
    JUMLAH  

    144

     

    49,451

     

     

     

  2. Sehingga kini, berapakah jumlah projek perumahan terbengkalai yang sudah berjaya diatasi

    Sehingga kini, sebanyak 16 buah projek terbengkalai telah dikeluarkan daripada senarai projek terbengkalai berdasarkan statistik sehingga 31 Disember 2008. Dengan ini menjadikan jumlah projek yang terbengkalai sehingga 15 Jun 2009 adalah sebanyak 134 buah projek. Senarai projek yang telah dikeluarkan daripada senarai projek terbengkalai seperti di lampiran A.

     

    Berdasarkan siasatan di tapak dan laporan maklum balas daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan pemaju yang terlibat didapati bahawa 4 Projek Terbengkalai yang disenaraikan tidak mempunyai pembeli, 4 Projek telah siap tetapi belum memperoleh CF, 7 Projek telah siap dengan CF dan 1 Projek hanya melibatkan 1 unit rumah.

     

    LAMPIRAN 

    SENARAI PROJEK TERBENGKALAI YANG DIKELUARKAN DARIPADA SENARAI 144 PROJEK TERBENGKALAI SEHINGGA 31 DISEMBER 2008

     MPK

                          

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1 Cadangan Pembangunan Rumah Teres 2

    Tingkat Sungai Kapar Indah, Jalan Kapar, Mukim Kapar, Klang

    Syarikat Pembangunan Hartanah

    Guthrie

    2 Taman Bunga Ros,Mukim Klang, Klang Tetuan Ram Developer Sdn. Bhd.

    Tetuan Willow Construction Sdn.

    Bhd.

     

    MBSA

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1 Cadangan Pembinaan Bercampur Pusat Komersial, Seksyen 7, Bandar Shah Alam Tetuan PCM Bina Sdn. Bhd.
    2 Pangsapuri Seri Nipah, Taman Pinggiran USJ Tetuan LBS Bina Group Berhad

     

    MPSJ

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1 Cadangan Membina Rumah/Kedai 4 Tingkat

    Taman Serdang Perdana, Seksyen 5, Mukim Petaling, Daerah Petaling

    Tetuan Green Cresent Sdn. Bhd.
    2 Cadangan Pembinaan Pusat Perniagaan

    Pangsapuri Perkhidmatan, UEP Subang Jaya,

    Mukim Damansara, Daerah Petaling

    Tetuan Sanjung Utama Sdn. Bhd.
         
    3 Cadangan Membina Kedai Pejabat 2 ½ Tingkat, Taman Lestari Perdana, Mukim Petaling, Daerah Petaling Tetuan Lestari Perdana Sdn. Bhd.

     

     MPAJ

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1 Cadangan Rumah Berkembar 21/2 Tingkat dan

    47 Unit rumah Teres 2 1/2 Tingkat, Taman

    Kosas, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat

    Tetuan Koperasi Serbaguna AnakAnak Selangor Berhad
    2 Cadangan 24 Unit Rumah Kedai (RK),

    Kampung Tasek Tambahan, Mukim Ampang,

    Daerah Hulu Langat

    Tetuan Jurubena Tenaga Sdn. Bhd.  (Projek Penswastaan PKNS)
         
       MPKj  

                          

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1 Cadangan Pembangunan Mendirikan 1

    Bangunan Kompleks 10½ Tingkat (KOMPLEKS

    KOTA KAJANG)Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat

    Tetuan Widhill Development &

    Construction Sdn. Bhd.

     

     

     

    MPS

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1 Projek Perumahan Taman Pinggiran Batu Caves, Mukim Batu, Daerah Gombak Tetuan Bee Teck Trading Corporation Sdn. Bhd.
    2 Rumah Teres 2 Tingkat, HS ( D) 56918, PT

    31343

    Tetuan Hartawan Pasifik Sdn. Bhd
    3 Projek Pembinaan Taman Selaseh Fasa 2, Mukim Batu, Daerah Gombak Tetuan Startegic Development Sdn. Bhd.
    4 Projek Perumahan Jalan Sungai Kertas,

    Kampung Sungai Kertas, Mukim Batu, Daerah Gombak

    Tetuan SBB Building Construction

    Sdn. Bhd.

     

    MDKS

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
    1 Tmn Wawasan, Mukim Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor   Tetuan Radiant Hart Construction Sdn. Bhd.
    2 Tmn Yayasan, Mukim Kuala Selangor Tetuan Pramax Sdn. Bhd. JV Tetuan Yayasan Selangor

     

    PROJEK TERBENGKALAI YANG DIKELUARKAN SEBANYAK                                     

     

    = 16 PROJEK 

Lampiran

Tiada Lampiran.