Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

132) PROGRAM HADIAH ANAK MASUK IPTA DAN IPTS

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah orang pelajar telah diberikan hadiah ini ?

    Program Hadiah Pengajian IPT telah mula dilaksanakan berkuat kuasa pada 1 Julai 2008. Melalui program ini, pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT akan diberi hadiah sebanyak RM1,000 berdasarkan syarat-syarat seperti berikut:

     

    • Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;
    • Pemohon juga merupakan Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi

    kriteria seperti berikut:

    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;
    • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 (sesi pengajian 2008/2009) sahaja;
    • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sahaja;
    • Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian; dan
    • Pemohon daripada keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah.

     

    Setakat 31 Mei 2009, sebanyak 7,982 permohonan telah diterima daripada pelajar untuk mendapatkan insentif berjumlah RM1,000 berkenaan. Daripada jumlah tersebut, hanya 5,227 pemohon (65.5%) sahaja yang didapati layak untuk dipertimbangkan bagi menerima insentif tersebut, manakala 1,897 (23.8%) permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat sepertimana yang telah ditetapkan seperti di atas. Sejumlah 858 (10.7%) pula adalah permohonan yang tidak lengkap dan telah dikembalikan kepada pemohon untuk disempurnakan bagi urusan pembayaran.

     

  2. Jumlah kewangan yang telah dibelanjakan mengikut daerah ?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak 2 juta bagi membiayai program ini. Jumlah penerima dan pembayaran mengikut daerah adalah seperti berikut:

     

    Bil. Daerah Pemohon Jumlah Penerima Kos Perbelanjaan
    1. Klang 968 RM968,000.00
    2. Sabak Bernam 872 RM872,000.00
    3. Petaling 659 RM659,000.00
    4. Kuala Langat 618 RM618,000.00
    5. Kuala Selangor 595 RM595,000.00
    6. Hulu Selangor 471 RM471,000.00
    7. Hulu Langat 447 RM447,000.00
    8. Gombak 375 RM375,000.00
    9 Sepang 94 RM94,000.00
    10. Lain-lain 128 RM128,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 5,227 RM5,227,000.00
  3. Berapa permohonan telah ditolak dan kenapa ditolak ?

    Setakat 31 Mei 2009, sebanyak 7,982 permohonan telah diterima daripada pelajar untuk mendapatkan insentif berjumlah RM1,000 Daripada jumlah tersebut, hanya 5,227 pemohon (65.5%) sahaja yang didapati layak untuk dipertimbangkan bagi menerima insentif tersebut, manakala 1,897 (23.8%) permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.