Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
128) SEKOLAH AGAMA RAKYAT
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan SAR atau Sekolah-sekolah Swasta yang berdaftar dan tidak berdaftar di negeri Selangor
Bilangan Sekolah – sekolah Agama Rakyat ( SAR) dan Swasta Berdaftar
Daerah Kategori Sekolah SEK.AGAMA/BANTUAN NEGERI SEK.AGAMA SWASTA/PERSENDIRIAN JUM LAH SABK PRA SRA SRAI KAFAI (SAR) MIT TAKIS SRI SRII SMI TAHFIZ TUSYEN S.BERNAM 7 2 31 1 10 0 1 0 0 0 5 0 57 K .SELANGOR 2 1 31 1 21 0 4 4 0 0 5 0 69 KLANG 2 2 29 1 23 1 7 2 4 4 4 0 79 PETALING 4 2 15 1 96 0 3 11 2 4 7 3 148 K LANGAT 2 1 24 1 8 1 7 3 3 2 3 0 55 SEPANG 2 1 13 1 11 0 4 7 1 0 1 1 42 H.LANGAT 1 1 28 2 59 0 7 21 3 3 5 0 130 GOMBAK 1 1 11 2 56 0 23 11 1 1 4 3 114 HULU SELANGOR 2 1 19 0 6 0 6 6 1 0 3 0 44 JUMLAH 23 12 201 10 290 2 62 65 15 14 37 7 728 JUMLAH 23 505 200 Petunjuk :
SABKS – Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Selangor MIT – Maahad Integrasi Tahfiz KAFAI(SAR) – Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi TAKIS – Taman Asuhan Kanakkanak Islam
PRA – Pra Sekolah JAIS SRI – Sekolah Rendah Islam
SRA – Sekolah Rendah Agama SRII – Sekolah Rendah Islam
Integrasi
SRAI – Sekolah Rendah Agama Integrasi TAHFIZ – Sekolah Tahfiz
SABK – Sekolah Agama Bantuan Kerajaan TUISYEN-Kelas –kelas Iqra’ & Agama berbayar
*Kesimpulan
Bilangan SAR Berdaftar : 738 Buah Belum Berdaftar : 36 Buah Jumlah : 774 Buah
- Bilangan Sekolah-sekolah Swasta belum memenuhi syarat Pendaftaran
i- Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) 14 Buah ii- Sekolah Rendah Islam ( SRI ) 14 Buah iii- Sekolah Tahfiz (TAHFIZ) 6 Buah Jumlah 36 Buah
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap sekolah-sekolah tersebut.
Dasar kerajaan negeri terhadap sekolah tersebut
- Menggalakkan penubuhan Sekolah Agama Rakyat. Ini disebabkan sekolah Rendah Agama yang sedia ada amat terhad dan tidak dapat menampung permintaan penduduk yang ingin menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama. Setiap sekolah hendaklah berdaftar dengan Majlis Agama Islam Selangor.
- Memberi bantuan guru ke Sekolah Agama Rakyat. Sebahagian guru KAFA yang dilantik oleh kerajaan Negeri ditempatkan di KAFA Integrasi. Guru-guru KAFA mendapat elaun sebanyak RM 1000.00 sebulan.
- Memberi bantuan pembangunan dan baik pulih prasarana kepada sekolah-sekolah yang daif. Peruntukan yang diterima untuk tahun 2009 dari agihan Negeri untuk sekolah Agama Rakyat sebanyak RM 4 juta.
- Memberi latihan / kursus jangka pendek kepada guru-guru KAFA untuk meningkatkan kualiti Pengajaran dan pembelajaran mereka kerana hampir semua guru KAFA tidak terlatih.
- Membenarkan murid – murid di SAR / KAFAI mengambil peperiksaan JAKIM ( ujian Penilaian Kelas KAFA – UPKK ) dan peperiksaan JAIS ( Penilaian Sekolah Rendah Agama – PSRA )