Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
109) PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN ASAS DI STADIUM MELAWATI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagi pihak PAS, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor di atas kebenaran yang diberikan kepada PAS Pusat untuk mengadakan Muktamar PAS Pusat kali ke 55 baru-baru ini. Sungguhpun demikian, didapati kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya telah berada di dalam keadaan yang agak usang dan rosak. Manakala surau yang disediakan agak kecil untuk menampung keperluan pengguna di kalangan orang Islam. Apakah Kerajaan Negeri melalui Exco yang terlibat tidak mempunyai perancangan untuk membaik pulih kerosakan-kerosakan ini dan siapa yang memantau syarikat yang dilantik untuk menyelenggarakan pusat-pusat sukan di Selangor?
MBSA / PBT tiada halangan untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian jika diperuntukkan sejumlah peruntukan memandangkan bayaran tersebut (Stadium Malawati) milik Kerajaan Negeri.
-
Bolehkah keluasan surau-surau di pusat-pusat sukan di seluruh negeri Selangor dilihat semula dan jika perlu dibuat pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan umat Islam menunaikan kewajipan bersolat.
Sama seperti di SUB(a)