Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
100) PERKHIDMATAN WI-FI
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan memberi perkhidmatan wi-fi ataupun Internet percuma kepada rakyat Selangor?
Buat masa ini, perkhidmatan wi-fi atau Internet percuma kepada rakyat belum dapat dilaksanakan memandangkan Kerajaan perlu menimbang rapi dari sudut implikasi kewangan dan kesan sampingan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri melalui Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Selangor telah menerima beberapa cadangan model perniagaan yang ditawarkan oleh beberapa buah syarikat telekomunikasi seperti Jaring Communication Sdn Bhd dan Redtone Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan Internet (wi-fi) secara percuma dan cadangan-cadangan ini masih dalam penilaian Kerajaan.
-
Adakah tender terbuka akan dijalankan untuk pemilihan kontraktor terlibat?
Sekiranya setelah pertimbangan implikasi kewangan dan kesan sampingan selesai, kerajaan akan semestinya membuka Request For Proposal (RFP) bagi mendapatkan penyelesaian terbaik serta keadaan menang-menang (win-win situation) antara Kerajaan, Masyarakat dan Industri.
-
Apakah kos yang terlibat untuk perlaksanaan perkhidmatan ini?
Seperti yang diterangkan di jawapan (a) di atas, tidak ada lagi kos yang terlibat selain daripada untuk perkhidmatan wireless percuma di Central Business District (CBD) Shah Alam di mana kita membayar sewaan untuk lima (5) buah Access Point(AP) dengan syarikat Jaring Communication Sdn Bhd.
Maklumat Tambahan :
Sewaan 5 Access Point (AP) daripada Jaring untuk setahun adalah
5 AP x RM 18,000.00
= RM 90,000.00