Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
99) PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan dan bidang kuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?
Peranan dan bidang kuasa Perbadanan Setiausaha Kerajaan Selangor (PSKS) adalah seperti berikut :-
- PSKS adalah sebagai pemegang harta tetap dan harta semasa bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor.
- PSKS bertanggungjawab di dalam pelaksanaan projek-projek Perumahan Kos Rendah Fasa I, projek-projek di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) Fasa II serta projek pembangunan campuran Fasa III dibantu oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai Agen Pelaksana.
- PSKS bertindak sebagai penjana dan pengimbang perolehan serta perbelanjaan Kerajaan Negeri Selangor (Backup of Financial).
- Menguruskan aset dan pelaburan semasa PSKS bagi memastikan pulangan yang lebih kukuh dan stabil serta terjamin.
- Bidang tugas PSKS pada ketika ini adalah seperti berikut :-
PROJEK PERUMAHAN PSKS FASA I
Menguruskan fail-fail pembeli rumah PSKS Fasa I sebanyak 5305 fail yang melibatkan 21 projek di seluruh negeri Selangor.
Mengesan fail-fail bermasalah yang timbul dari segi pinjaman yang belum dikeluarkan.
Mengutip baki tertunggak daripada pembeli bagi pembelian Rumah Kos Rendah di bawah seliaan PSKS.
Menyelesaikan masalah tanah-tanah yang belum di pecah milik.
PROJEK-PROJEK PSKS FASA II
Menyelia dan memantau kemajuan kerja untuk Projek Khas Perumahan Kos Rendah (PKPKR) serta lain-lain pembangunan bercampur yang diuruskan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) selaku Pengurus Projek bagi pihak PSKS.
Menyelia dan memantau pengurusan tanah-tanah pertanian dan lombong bagi memastikan bayaran sewa dan bayaran pajakan bulanan dibuat.
Menguruskan permohonan pindah milik aset-aset di bawah projek Fasa II.
PROJEK-PROJEK PSKS FASA III
Menguruskan kerja-kerja berkaitan dokumentasi yang melibatkan permohonan dan kelulusan daripada pihak kerajaan.
Menyelaras kemajuan kerja ke atas projek di bawah projek Fasa III.
PENGURUSAN ASET-ASET PSKS
Mengurus dan menyelenggarakan aset-aset PSKS seperti Bangunan Pejabat, Rumah Kedai, Rumah, Pangsapuri dan ‘Council Home’ yang diperoleh daripada Kerajaan Negeri atau melalui pembiayaan sendiri.
Menguruskan penyewaan dan penjualan aset-aset PSKS.
Membuat permohonan tanah-tanah baru yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pembangunan pada masa akan datang.
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang terletak di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Syarikat di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Selangor (PSKS) adalah Syarikat Stadium Shah Alam Sdn Bhd di mana PSKS mempunyai saham sebanyak RM
2,000,000.00 sebagai modal berbayar kepada syarikat ini.
Syarikat ini kini di dalam proses pembubaran / penggulungan.
-
Senaraikan perbadanan yang mempunyai peranan yang sama seperti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam Negeri Selangor.
Perbadanan yang mempunyai peranan yang sama seperti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Selangor (PSKS) di dalam Negeri Selangor adalah Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor.