Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
92) PENTADBIRAN MUKIM DAN KAMPUNG
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
ADUN memainkan peranan sebagai agensi Kerajaan Negeri melalui pentadbiran daerah dan juga mukim di bawah Penghulu Mukim. Sekiranya terdapat cukup bukti apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap Penghulu yang menerima dan menjalankan arahan selain daripada Pegawai Daerah?
Penghulu Mukim yang ingkar akan arahan atau menjalankan arahan selain daripada Pegawai Daerah, Pegawai Daerah akan mengambil tindakan tatatertib dengan memberikan amaran serta mengemukakan surat tunjuk sebab supaya Penghulu Mukim berkenaan mematuhi dasar Kerajaan Negeri.
-
Penghulu yang lebih mengutamakan kerjasama dengan pengerusi JKKKP daripada pengerusi JKKK?
Pada asasnya Penghulu Mukim mestilah mematuhi polisi dan dasar Kerajaan Negeri, namun sekiranya terdapat Penghulu Mukim yang lebih mengutamakan kerjasama dengan Pengerusi JKKKP daripada Pengerusi JKKK dan mempunyai bukti yang kukuh, pada peringkat awal secara pentadbiran, Pegawai Daerah akan menukarkan tempat kerja beliau namun sekiranya beliau gagal Pegawai Daerah akan mengambil tindakan tatatertib dengan memberikan amaran serta mengemukakan surat tunjuk sebab.
-
Penghulu yang menjalankan serta membuka ruang bagi menjayakan Program People Centric anjuran Kerajaan Pusat?
Penghulu Mukim sepatutnya menjalankan tugas atau arahan melalui Pegawai Daerah. Namun sekiranya didapati terbukti bahawa Penghulu Mukim tersebut bersalah disebabkan menjalankan atau menjayakan sebarang program anjuran Kerajaan Pusat, beliau akan dikenakan tindakan tatatertib dengan diberikan amaran serta mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pegawai Daerah.