Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
89) TANAH PERKUBURAN CINA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah permohonan tapak perkuburan Cina telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor ?
Tiada jawapan diterima sehingga 7 Oktober 2009 daripada UPBT
-
Berapa permohonan telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Tiada jawapan diterima sehingga 7 Oktober 2009 daripada UPBT
-
Apakah status permohonan tanah perkuburan Cina bagi Tanjung Sepat di Daerah Sepang?
Seperti di Lampiran `A’
LAMPIRAN ‘A’
STATUS PERMOHONAN TANAH PERKUBURAN CINA TANJUNG SEPANG, DAERAH
SEPANG
Pejabat Tanah Sepang telah mendapat Laporan Penilaian Tanah daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) ke atas tanah tersebut pada 06.07.2009 dan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi mendapatkan kelulusan peruntukan pengambilan balik tanah. Kelewatan JPPH menyediakan Laporan Penilaian adalah disebabkan kekeliruan lot yang sebenar ingin dibuat pengambilan. Di samping itu lot asal telah berubah akibat pengambilan KLIA.
Maklumat Tambahan
Kronologi bagi permohonan tapak kubur Cina adalah seperti berikut:-
Cadangan Tambahan Tapak Kubur Cina Di Mukim Sepang, Lot 4488 Bersebelahan Tapak Kubur Cina Sedia Ada
TARIKH PERKARA 18.06.2007 Pejabat Tanah Sepang menerima permohonan tapak kubur Cina daripada Y.B. ADUN Sg. Pelek melalui Pejabat UPEN. 27.09.2007 Laporan tanah dan siasatan telah disediakan. 15.05.2008 Memohon mendapatkan Carian Rasmi daripada Pejabat Pendaftar Hak Milik Selangor di Shah Alam bagi tujuan pengambilan balik tanah Lot 4488 (Hak Milik Geran 0134349, Lot 7051) sepatutnya mohon Carian Rasmi bagi Lot 5700, Mukim Sepang, Daerah Sepang. 04.06.2008 Salinan Carian Rasmi bagi Lot 4488 diterima daripada Pejabat Pendaftar Hak Milik Selangor. 18.06.2008 Mengemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) untuk nilaian tanah Lot 4488. TARIKH PERKARA 27.06.2008 Terima surat Daripada JPPH memohon semak keluasan sebenar, memandangkan tapak cadangan yang terlibat adalah 20 ekar sedangkan dalam Carian Rasmi keluasan tanah 297 m.p. 18.07.2008 Memohon Carian Rasmi daripada Pejabat Pendaftar Hak Milik Selangor bagi Lot 5700, HS(D) 23174, Mukim Sepang. 25.08.2008 Carian Rasmi GERAN 80609, Lot 5756, Mukim Sepang diterima daripada Pejabat Pendaftar Hak Milik Negeri Selangor. 08.09.2008 Salinan Carian Rasmi GERAN 80609, Lot 5756 di kemukakan ke JPPH. 21.09.2008 JPPH memohon maklumat tambahan pelan tapak dan Warta Kerajaan Negeri. 04.11.2008 PTD Sepang mengemukakan maklumat tambahan serta pelan tapak kepada JPPH. Salinan warta tidak dikemukakan kerana Warta belum dibuat. 06.02.2009 Menerima surat daripada JPPH kerana kekeliruan lot sebenar yang hendak dibuat pengambilan. 02.04.2009 PTD Sepang menjelaskan kepada JPPH bahawa Lot 5700 adalah lot asal dan pengambilan tanah KLIA menyebabkan terdapat perubahan lot. Cadangan tapak kubur tambahan adalah di atas Lot 5736, Geran 80609. 21.04.2009 Lawatan tapak bersama JPPH dan didapati tapak sebenar adalah Lot 5758 dan Carian Rasmi bagi Lot 5758 dipohon kepada Pejabat Pendaftar Hak Milik Negeri Selangor. 04.05.2009 Carian Rasmi Lot 5758 diterima daripada Pejabat Pendaftar Hak Milik Negeri Selangor. TARIKH PERKARA 13.05.2009 Salinan Carian Rasmi Lot 5758 dikemukakan kepada JPPH. 06.07.2009 Menerima laporan penilaian daripada Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Perkhidmatan harta. 07.07.2009 Permohonan cadangan pengambilan balik tanah dikemukakan kepada UPEN untuk pertimbangan dan kelulusan.