Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
64) PENGANIAYAAN ANJING DI PULAU KETAM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah penjelasan dan langkah penyelesaian daripada Kerajaan Negeri berkenaan kes anjing yang telah ditangkap dan dihantar ke pulau terpencil berdekatan dengan Pulau Ketam beberapa bulan yang lalu?
Anjing-anjing yang telah ditangkap oleh penduduk Pulau Ketam dan dihantar ke Pulau Selat Tengah dan sebahagian darinya telah pun dapat diselamatkan. NGO (Badan Bukan Kerajaan) seperti SPCA, FFF dan SAS telah memberikan bantuan dalam operasi menyelamat anjing-anjing ini. Anjing-anjing ini telah ditangkap dan dibawa balik oleh NGO untuk program ’rehome’.
Pihak kerajaan juga telah mengadakan kempen program kembiri atau pemandulan secara percuma kepada anjing-anjing liar di pulau ketam dan juga pada anjing yang mempunyai tuan. Program ini akan diteruskan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun masih banyak lagi anjing-anjing liar yang terdapat di Pulau Ketam ini. Pihak kerajaan dengan kerjasama penduduk kampung akan meneruskan program kawalan anjing liar di Pulau Ketam.
-
Apakah status pelaksanaan cadangan yang dikemukakan dan diterima di sesi Dewan yang lalu mengenai pembaikan kebajikan haiwan di semua PBT?
JAWAPAN DARIPADA MPK
Langkah-langkah yang telah di jalankan oleh pihak majlis bagi mengatasi masalah yang dihadapi itu ialah :
- Pihak Majlis dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta tiga (3) Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Society For The Prevention Of Cruelty To Animals (SPCA) , Furry Friends Farm dan Save A Stray (SAS) telah pergi ke pulau tersebut dan mendapati pulau terpencil yang terbabit ialah Pulau Selat Kering untuk membuat kerja-kerja menyelamat anjing-anjing yang telah dipindahkan itu.
- Pihak NGO telah menyediakan makanan dan di hantar dan diletakan di beberapa lokasi di Pulau Selat Kering agar anjing-anjing yang telah dipindahkan itu mendapat makanan
- Tindakan seterusnya yang telah dijalankan ialah operasi mencari dan menyelamat.
- Anjing-anjing yang telah dipindahkan ke Pulau Selat Kering telah ditangkap semula dan diselamatkan
- Anjing-anjing tersebut telah diberikan rawatan di Klinik Haiwan
- Setelah menerima rawatan anjing-anjing tersebut telah di bawa oleh pihak NGO terbabit di untuk diserahkan kepada individu yang berminat untuk mengambil anjing tersebut sebagai anjing peliharaan
Bagi tujuan pembaikan kebajikan haiwan, pihak Majlis telah mengambil langkah-langkah seperti berikut :
- Memperbaiki cara dan teknik menangkap anjing liar dengan menggunakan tali (LOOP)
- Anjing Liar yang ditangkap disimpan di Pusat Kurungan Haiwan Sementara di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.
- Anjing liar yang bermasalah seperti sakit dan tidak bersih akan disuntik oleh seorang Pegawai Veterinar
- Anjing yang telah disuntik kemudian nya di bawa untuk dilupuskan di Pusat Pelupusan Jeram
- Cara melupuskan anjing tersebut ialah dengan cara di tanam