Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
113) PERINDUSTRIAN PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pelan induk dan strategi Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai lagi pelancong tempatan dan pelancong asing melawat ke negeri Selangor?
Pelan induk dan strategi kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai lagi pelancong tempatan dan pelancong asing melawat ke Negeri Selangor adalah seperti berikut :-
- Mempergiatkan promosi pelancongan domestik dan luar negara
- Memberi fokus kepada pasaran pelancongan yang menjadi tumpuan bagi Negeri Selangor seperti kesihatan, pendidikan, homestay, eko pelancongan dan ‘Malaysia My Second Home’
- Bekerjasama dengan penggiat industri pelancongan Negeri Selangor untuk menawarkan lebih banyak tawaran yang menarik kepada para pelancong
- Menganjurkan dan mengendalikan beberapa acara bertaraf antarabangsa dengan lebih tumpuan kepada acara MICE
- Merangka beberapa pakej-pakej yang menarik bagi kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa
- Merencanakan beberapa pengiklanan seperti media cetak dan elektronik mengenai tempat-tempat pelancongan serta acara-acara yang akan dianjurkan oleh Negeri Selangor.
- Meningkatkan penggunaan laman sesawang pelancongan Negeri Selangor Menaik taraf produk-produk pelancongan
-
Manakah kawasan pelancongan telah diiktiraf oleh Kerajaan Negeri sebagai destinasi pelancongan rasmi?
Antara kawasan pelancongan telah diiktiraf oleh kerajaan negeri sebagai destinasi pelancongan rasmi adalah seperti berikut :-
BIL KAWASAN PELANCONGAN 1 Batu Caves 2 Sunway Lagoon ‘theme park’ 3 Kelip-kelip Kuala Selangor 4 Galeri Diraja Klang 5 Pulau Ketam 6 Bukit Melawati 7 Zoo Negara 8 Litar F1 Sepang 9 Dong Zen 10 Kompleks Taman Seni Islam