Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
111) ISU PERKUBURAN ISLAM DI BUKIT PERMAI II, DUN TERATAI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pihak kerajaan akan memperuntukkan zon buffer sebanyak 1 km dari kawasan perkuburan berkenaan demi menjaga pantang sesetengah penduduk setempat
Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor menetapkan bahawa jarak terdekat ialah sekurang-kurangnya 12.2m ( 40 ) dan menyediakan buffer zon di antara tanah perkuburan dan punca-punca air untuk menjamin kesihatan umum mengikut ketetapan Jabatan Pengairan Dan Saliran serta Jabatan Mineral Dan Geosains
-
Bilakah jalan-jalan alternatif untuk masuk ke kawasan perkuburan akan dibina?
Jalan alternatif untuk masuk ke kawasan perkuburan hanya dapat dibina setelah MPAJ mendapat peruntukkan yang telah dipohon daripada pihak UPEN sebanyak RM4 juta.