Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

110) HASIL KERAJAAN NEGERI DARI ZOO NEGARA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri menerima bayaran hasil cukai tanah mengikut kadar pertanian. Setakat ini Kerajaan Negeri hanya menerima peruntukan bagi menaik taraf infrastruktur di kawasan luar Zoo Negara sahaja. Nyatakan berapakah kutipan bayaran cukai tanah yang dibayar oleh Malayan Zoological Society dan HSBC(M) Trustee Berhad menurut setiap Plot 1, 2, 3, 4 dan 5

    Cukai tanah untuk AA 2/63 pemilik berdaftar Zoological Society berjumlah 5,527.70 bagi tahun 2009. Bagi plot-plot yang lain hak milik belum didaftar.

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri terhadap 16.9 ekar tanah yang diberi milik kepada Zoo Negara yang kini dipenuhi oleh setinggan dikenali sebagai Kg Kemensah?

    Sekiranya tapak tersebut diluluskan kepada Zoological Society maka setinggan-setinggan di atas tapak tersebut akan ditangani oleh pihak Zoological Society bersama Kerajaan Negeri. Dicadangkan setinggansetinggan tersebut dipertimbangkan bayaran sagu hati dan penempatan semula setinggan di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai oleh Kerajaan Negeri.

  3. Berapakah peruntukan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri bagi menaik taraf infrastruktur di kawasan luar Zoo Negara dari tahun 2004 hingga 2008

    Perkara ini bukan di dalam bidang kuasa Pentadbiran Tanah Daerah Gombak.