Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
108) URUSAN PASIR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah syarikat atau syarikat-syarikat yang diberi peluang menguruskan penjualan pasir di negeri Selangor?
Kerajaan Negeri telah menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sebuah syarikat milik 100% Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) pada 28 Jun 2008. Kumpulan Semesta Sdn Bhd mula beroperasi sepenuhnya pada 15 September 2008 bagi menggerakkan industri pasir dan mengawal pemasaran pasir di Negeri Selangor.
-
Berapa pendapatan/keuntungan kasar yang diperolehi negeri Selangor?
Berdasarkan maklumat yang dibekalkan oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., jumlah jualan pasir adalah RM7.04 juta dengan keuntungan bersih sebelum cukai sebanyak RM2.5 juta bagi tempoh 15 September 2008 hingga 31 Januari 2009
Manakala Kerajaan Negeri telah memperolehi hasil melalui pembayaran royalti bagi pengeluaran permit 4C sebanyak RM6,359,064.29 juta.
-
Setakat ini adakah masalah kecurian pasir di Selangor dapat diatasi?
Sejak Kumpulan Semesta Sdn Bhd ditubuhkan, masalah kecurian pasir terutama di kawasan-kawasan yang diluluskan kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah dapat dikawal. Walau bagaimanapun, masalah kecurian pasir sama ada di atas tanah hak milik atau tanah Kerajaan di beberapa daerah lain yang tidak terbabit dengan operasi Kumpulan Semesta Sdn Bhd masih berlaku.