Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

107) PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah pelajar IPTA dan IPTS yang menerima kemudahan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor mengikut pecahan kaum bagi 2008.

    Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah di IPTA/ IPTS dalam pelbagai bidang. Bilangan pelajar yang telah menerima Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor (TKWBNS) bagi melanjutkan pengajian tinggi sepanjang tahun 2008 mengikut kaum adalah seperti berikut:

     

    Tahun   Bangsa (orang)  
    Bumiputra Cina India Jumlah
    2008 667 16 22 705
  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan untuk kemudahan Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2008.

    Pecahan peruntukan Kerajaan Negeri kepada TKWBNS dan pinjaman pelajaran yang telah ditawarkan bagi tempoh tiga (3) tahun adalah seperti berikut:

     

    Peruntukan 

    (RM juta)

      Tahun  
    2006 2007 2008
    Pembiayaan Pinjaman Pelajaran 5.583 6.261 8.140
  3. Sila nyatakan tahap pencapaian akademik para pelajar yang menerima kemudahan Pinjaman tersebut dan nyatakan juga bagaimanakah prestasi bayaran balik pinjaman yang diterima oleh para pelajar selepas tamat pengajian

    i) Tahap Pencapaian Akademik Pelajar

     

     

    Tahun

     

    Bilangan

    Pelajar

    PNGK /

    CGPA

    ( 3.20 – 3.74 )

     

     

    Peratus

    ( % )

     

     

     

     

    Bilangan

    Pelajar

    PNGK /

    CGPA

    ( 3.75 – 4.00 )

     

    Peratus

    ( % )

     

     

    Jumlah

    Pelajar

    2003 27 93.1 2 6.9 29
    2004 16 76.2 5 23.8 21
    2005 38 88.4 5 11.6 43
    2006 126 84.6 23 15.4 149
    2007 46 80.7 11 19.3 57
    2008 30 81.1 7 18.9 37
      283   53   336

     

                   ii)       Prestasi Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

     

    Bagi tahun 2008, TKWBNS telah mengutip bayaran balik pinjaman sebanyak RM4.41 juta. Bagi tahun 2009 pula, TKWBNS mempunyai seramai 3,401 orang peminjam berstatus pembayar semasa dengan nilaian kutipan berjumlah RM6.9 juta. Daripada jumlah tersebut, 2,848 orang merupakan peminjam Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor, manakala 553 orang lagi merupakan peminjam Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir (Fast Track) Negeri Selangor di mana ianya menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar yang menuntut di IPTS bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang teknikal dan kemahiran di peringkat Sijil.

     

    Tunggakan bayaran balik pinjaman setakat 31 Disember 2008 adalah sebanyak RM9.78 juta yang melibatkan jumlah peminjam seramai 2,660 orang kerana menghadapi perkara-perkara seperti berikut:

     

    1. Peminjam tegar yang dalam proses untuk di ambil tindakan undangundang (Letter of Demand) adalah seramai 1,311 orang dengan nilai tunggakan bayaran balik pinjaman pelajaran sebanyak RM 7.78 juta ; dan

     

    1. Proses mengemas kini maklumat berkenaan pelajar-pelajar yang telah berpindah rumah dan menukar nombor telefon untuk dihubungi adalah seramai 1,349 orang dengan nilai tunggakan bayaran balik pinjaman pelajaran sebanyak RM 2.0 juta.

     

     

    Jumlah kutipan tahunan bayaran balik pinjaman TKWBNS bagi tempoh lima (5) tahun terkini adalah seperti berikut:

     

    Tahun 2004 2005 2006 2007 2008
    Jumlah Kutipan

    Sepatutnya

    Dikutip 

    (RM juta)

    3.84 5.82 6.12 6.53 6.92
    Jumlah Kutipan

    Berjaya Dikutip

    (RM juta)

    2.67 4.01 4.84 4.16 4.41
     Kutipan Bayaran Balik (%) 69.5 68.9 79.1 63.7 63.7

Lampiran

Tiada Lampiran.