Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
102) PEMILIHAN AJK MASJID
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kaedah pemilihan yang ditentukan?
Kaedah pemilihan Pegawai dan Jawatankuasa masjid dilaksanakan secara syura oleh anak kariah dengan cara undian angkat tangan atau undian sulit.
-
Adakah kaedah pemilihan memuaskan hati ahli kariah?
Secara umumnya, kaedah pencalonan ini dapat memuaskan keseluruhan anak kariah memandangkan calon yang dikemukakan adalah berdasarkan pilihan anak kariah yang bersesuaian dengan ciri-ciri yang ditentukan.
-
Apakah yang diharapkan hasil dari pemilihan?
Kerajaan mengharapkan agar ketelusan, rasa amanah dan bertanggungjawab dapat dipupuk dalam diri Pegawai dan Jawatankuasa serta anak kariah dalam mengurus dan mentadbir masjid.
Pentadbiran masjid perlu diurus oleh anak kariah yang lebih layak dan memahami tanggungjawab mengimarahkan masjid sebagai tulang belakang kemajuan dan perpaduan umat Islam.