Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
95) IBU TUNGGAL
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan nama persatuan ibu tunggal yang telah didaftarkan mengikut pecahan daerah atau DUN
- Kerajaan Negeri Selangor amat mengalu-alukan sumbangan yang telah diberikan oleh persatuan-persatuan Ibu Tunggal di dalam Negeri Selangor. Di samping menjaga kebajikan Ibu Tunggal, persatuan-persatuan ini juga menjadi tempat untuk mendapatkan informasi mengenai bantuan-bantuan serta maklumat terkini yang disampaikan oleh Kerajaan Negeri.
Berikut adalah persatuan Ibu Tunggal mengikut pecahan daerah Yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri Selangor sehingga 2008.
Bil Persatuan Daerah 1 Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Lot 9, Aras 2, Menara UBSA,
Pusat Dagangan UMNO Shah Alam,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40100 Shah Alam.
Petaling 2 Pertubuhan Ibu Tunggal Islam W. Persekutuan/Selangor (PITI), No. 41-15-09 Projek Perumahan Rakyat Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur
Gombak 3 Persatuan Ibu Tunggal Nur Hidayah, No. 275C, Jln. Bandar 11, Tmn. Melawati,
53100 Kuala Lumpur.
Gombak 4 Persatuan Ibu Tunggal Mutiara, Kuala Lumpur, 1901, Tkt.7 Wisma High (West Point), Jln. Wangsa 7, Bkt. Antarabangsa. 68000 Ampang, Selangor.
Gombak 5 Persatuan Ibu Tunggal Mawar Sugi, Tanjong Karang,
Lot 4575, Jln. Kemudi,
Kg. Seri Tiram Jaya,
45500 Tanjong Karang
Kuala Selangor 6 Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kampung Medan
No.9 Lorong PJS 2C/11C,
Taman Sri Medan,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Petaling 7 Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia Kompleks Penghulu Mukim Cheras,
Batu 10, Jalan Cheras,
43200 Kajang, Selangor
Hulu Langat 8 PERTIWI – Pertubuhan Tindakan Wanita Islam No 36, Jalan SS 3/53,
Taman Subang,
47300 Petaling Jaya, Selangor
Petaling 9 Persatuan Ibu Tunggal Melati Putih 41-18-23, Projek Perumahan Rakyat,
Batu 5, Gombak Setia,
53100 Kuala Lumpur
Gombak 10 Kelab Ibu Tunggal No 2 Lorong Perak,
Taman Melawati,
50300 Kuala Lumpur
Gombak Walau bagaimanapun terdapat banyak penglibatan dari NGO-NGO wanita yang turut terlibat membantu kaum ibu tunggal sebagai fokus didalam program-program tahunan mereka .
-
Berapakah bilangan ibu tunggal yang telah didaftarkan mengikut pecahan daerah atau DUN
Berdasarkan kepada Portal E-Bu yang telah dilancarkan pada Bulan Ogos 2008, data sehingga 2 Mac 2009 terdapat seramai 14966 Ibu Tunggal yang telah berdaftar. Berikut adalah pecahan jumlah Ibu Tunggal berdasarkan daerah:-
-
Apakah program-program yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri bagi membantu ibu tunggal?
Demi memastikan golongan Ibu Tunggal berada seiring dengan pembangunan ekonomi negeri, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan galakan dan bantuan kepada mereka. Antara bantuan tersebut adalah:-
- Bantuan Usahawan
Bantuan ini dibuka kepada semua kaum Ibu Tunggal tidak mengira. Dalam memastikan golongan ini mampu menjana pendapatan
Bil Daerah Jumlah 1 Klang 1435 2 Kuala Langat 1577 3 Kuala Selangor 1838 4 Sabak Bernam 2310 5 Hulu Langat 2121 6 Hulu Selangor 1716 7 Petaling 1219 8 Gombak 2322 9 Sepang 428 Jumlah 14966 mereka, bantuan dari segi peralatan serta asas kemahiran diberikan untuk memajukan diri serta perusahaan akan dilaksanakan.
- Bantuan Pinjaman Perniagaan Ibu Tunggal
Sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam membantu golongan ini, bantuan pinjaman akan disalurkan kepada mereka yang layak dalam usaha membantu mereka untuk memulakan perusahaan dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. Tidak kira dari apa jua bidang perusahaan yang diceburi, selagi ianya mampu meningkatkan taraf ekonomi kaum Ibu Tunggal ini. Dana yang diperuntukkan mengikut keperluan Ibu Tunggal tersebut.
- Kursus Keusahawanan dan Kemahiran
Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama dengan agensi di bawahnya serta beberapa agensi bukan kerajaan (NGO) sering menjalankan kursus kepada kaum Ibu Tunggal. Ini adalah untuk memastikan kaum ini dapat seiring dalam menjana sumber pendapatan mereka dan meningkatkan lagi taraf hidup mereka. Kursus yang diberikan adalah kompeten dan mampu menjadikan Ibu Tunggal berdaya saing di dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi masa hadapan.
- Mewujudkan Rangkaian Ibu Tunggal Di Setiap DUN
Sebagai wakil yang telah diamanahkan, rakyat menjadikan Adun sebagai suatu tempat dan sumber untuk mendapatkan maklumat dan bantuan. Oleh demikian, dengan mewujudkan rangkaian wakil di setiap DUN, segala informasi & program dapat disampaikan secara terus daripada kerajaan negeri kepada Ibu Tunggal yang memerlukan.
- Bantuan Pendidikan Anak
Demi memastikan taraf hidup keluarga ibu tunggal dapat ditingkatkan, kerajaan negeri memastikan tahap pendidikan anak-anak di dalam keluarga ibu tunggal ditingkatkan. Untuk jangka masa yang panjang, peningkatan taraf hidup keluarga ini dapat dilakukan melalui perolehan sumber pendapatan yang selesa dengan taraf pendidikan yang sempurna anak-anak mereka kelak.
- Menjalankan Promosi Portal E-Bu
Teknologi maklumat menjadi semakin penting kepada kita semua. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah mewujudkan suatu portal data dan penyampaian maklumat kepada golongan ini. Melalui portal E-Bu, kaum Ibu Tunggal mampu mendapatkan maklumat dari pihak kerajaan negeri serta memberikan maklum balas dengan segera kemudahan untuk memastikan pendaftaran Ibu Tunggal dapat dibuat dengan mudah.
- Penubuhan Sekretariat Majlis Permuafakatan Wanita Selangor
Memandangkan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Selangor (iaitu di bawah Kementerian Pembangunan Wanita) tidak lagi memberikan perkhidmatan dan kerjasama kepada portfolio wanita, maka penubuhan sekretariat Majlis Permuafakatan Wanita Selangor adalah wajar.
Sekretariat MPWS ini merupakan Sebagai suatu jawatankuasa penggerak kerja dalam menguruskan Hal Ehwal Wanita (HEWA) Selangor di bawah EXCO Wanita. Penubuhan sekretariat ini mampu untuk memberikan dan menyampaikan segala maklumat serta memastikan pelancaran program-program pembangunan wanita di Negeri Selangor amnya dan golongan Ibu Tunggal khasnya dapat di laksanakan dengan baik.