Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
94) PIHAK BERKUASA TEMPATAN, AHLI MAJLIS DAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Namun demikian, terdapat keluhan dan rungutan dari pihak kontraktor berkenaan kelewatan pembayaran oleh PBT ke atas kerja-kerja yang telah disiapkan dan terpaksa menunggu masa yang lama.
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 19 Februari 2009 telah menolak soalan ini.
-
Peranan Ahli Majlis adalah sebagai pemantau integriti dan akauntabiliti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, sejauh mana keberkesanan ahli majlis yang sedia ada dan apakah kriteria khusus dalam mempertimbangkan semula untuk menyambung kontrak ahli majlis
Sehingga kini, majoriti Ahli Majlis PBT yang dilantik oleh Kerajaan Negeri telah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berkesan serta amat memuaskan kerana inisiatif melalui pembahagian zon serta mewujudkan pejabat Ahli Majlis memudahkan penduduk mengenali dan menyampaikan aduan terus kepada Ahli Majlis yang dilantik di sesebuah zon. Walau bagaimanapun, hanya terdapat segelintir Ahli Majlis sahaja yang kurang aktif dalam penyampaian perkhidmatannya yang mungkin perlu diberi lebih pendedahan mengenai peranan sebagai Ahli Majlis.
Bagi pelantikan semula Ahli-ahli Majlis PBT, Kerajaan Negeri akan menilai dan menimbang sama ada perkhidmatan mereka akan di sambung ataupun tidak berdasarkan aspek-aspek seperti kehadiran Ahli Majlis ke Mesyuarat di PBT dan keaktifan seseorang Ahli Majlis dalam menghubungkan di antara Pihak Berkuasa Tempatan dengan penduduk setempat melalui laporan prestasi yang dikemukakan oleh Datuk Bandar / Yang Dipertua Majlis dan juga semua Ahli Dewan Undangan Negeri.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga menitik beratkan Ahli-ahli Majlis berkenaan bebas dari rekod jenayah, bersih dari Badan Pencegah Rasuah dan tidak bankrap.
-
Adakah kesemua tapak pasar pagi dan malam dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja dan hanya kerja-kerja kebersihan dilakukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Bagaimana sekiranya ada pihak-pihak tertentu seperti persatuan penduduk atau persatuan penjaja ingin mengendalikan sesebuah tapak pasar pagi atau malam dan pulangan dapat dinikmati oleh penduduk setempat.
Berdasarkan keputusan yang telah dikeluarkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor Bilangan 1/2009 yang diadakan pada 29 Januari 2009, fi sewa tapak pasar pagi dan pasar malam yang merangkumi fi pembersihan sampah hanya boleh dikutip oleh Pihak Berkuasa Tempatan sahaja manakala pengurusan pembersihan tapak akan dibuat oleh JKKK, Persatuan Penduduk dan persatuan penjaja.
Sehubungan dengan itu, semua Pihak Berkuasa Tempatan Selangor telah diminta supaya tidak mengenakan caj-caj lain atau membenarkan pihak ketiga untuk membuat sebarang kutipan bayaran terhadap peniaga pasar pagi dan pasar malam.