Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
85) PASIR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejak penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, berapakah kawasan berpasir telah mula beroperasi dan berapakah yang masih terbuka untuk kontraktorkontraktor? Sila huraikan mengikut daerah.
Semenjak 15 September 2008 sehingga Februari 2009, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. telah membuka 3 buah lokasi pengeluaran pasir seperti berikut:
- DK1 – Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang
- DK2 – Lot 32543, Mukim Dengkil, Daerah Sepang
- BJ1 – Lot 6232, Mukim Bestari Jaya, Daerah Kuala Selangor
-
Dua timbunan pasir di Rawang kerap menjadi sasaran orang ramai dan sehingga kini, tiada tindakan susulan daripada Kumpulan Semesta walaupun surat telah dihantarkan dan laporan polis telah dibuat. Apakah cadangan Kumpulan Semesta untuk meredakan perebutan pasir tersebut oleh orang ramai?
Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Kumpulan Semesta Sdn.
Bhd., tanah di mana timbunan pasir tersebut terletak adalah di atas tanah hak milik persendirian. Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan atau kuasa untuk menghalang pencurian. Sekiranya timbunan pasir tersebut berada berdekatan Taman Tun Perak, Rawang, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. telah mendapat kebenaran pemilik tanah (PKPS) untuk memindahkan timbunan pasir tersebut. Permohonan untuk mendapatkan Permit Pemindahan Pasir telah dibuat kepada Pejabat Daerah/Tanah Gombak pada bulan Februari 2009.