Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
83) KAWASAN LAPANG DI JALAN 9/10, PANDAN PERDANA, DUN TERATAI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Siapakah penyewa atau pemilik tanah tersebut. Sila nyatakan pengarahpengarah dan latar belakang syarikat berkenaan secara terperinci.
Tanah tersebut merupakan tanah milik Majlis yang diperoleh secara Lesen Menduduki Sementara (LMS) dan telah disewakan kepada Dominant Crest
Sdn. Bhd. Dominant Crest Sdn. Bhd terdiri daripada pemegang saham iaitu;
- i) DSSB Development Sdn. Bhd – 80% saham ii) iWawanJoswara – 20% saham
Pengarah pengarah syarikat tersebut seperti berikut;
- Fong Kin
- Tan In Fatt
- Chang Chee Min
- Wawan Joswara
-
Sila kemukakan semua butir-butir termasuk syarat-syarat yang terkandung di dalam kontrak dan tarikh tamat untuk sewa tapak tersebut
Melalui keputusan Mesyuarat Penuh Majlis Bil. 2/2004 bertarikh 27hb Februari 2004 telah meluluskan syarikat Dominant Crest Sdn. Bhd. sebagai syarikat yang menguruskan medan selera tersebut. Pihak pemaju dikehendaki membina medan selera dengan kos yang tanggung oleh pihak pemaju sendiri. Pihak pemaju adalah bertanggungjawab ke atas pengurusan dan penyelenggaraan, pengurusan pembuangan sampah, kebersihan dan keselamatan serta membaiki sebarang kerosakan ke atas medan selera tersebut. Tawaran yang diberi oleh pihak Majlis adalah selama 15 tahun berkuat kuasa pada 30hb Mac 2004. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua gerai BOT dikaji semula dan hendaklah mengikut dasar dan peraturan yang telah ditetapkan.
-
Terdapat satu bahagian di kawasan berkenaan yang telah digazett sebagai tapak gerai, bilakah pihak berkuasa boleh membersihkan tapak tersebut dan membolehkan gerai-gerai di sebelah kawasan berkenaan berpindah ke dalam tapak berkenaan?
Medan selera tersebut dibina adalah bertujuan untuk menempatkan peniaga – peniaga yang menjalankan perniagaan di sekitar tersebut. Walau bagaimanapun ramai peniaga yang tidak berminat untuk menjalankan perniagaan di medan selera tersebut kerana lokasi yang tidak strategik bagi mereka.