Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

76) HARGA MENURUN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Harga getah dan kelapa sawit menurun dan pendapatan pekerja bagi kedua sektor ini terjejas. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi membantu dan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pekerja-pekerja kedua sektor di atas?

    Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh MPOB bagi membantu 46,000 pekebun kecil kelapa sawit di Negeri Selangor akibat penurunan harga kelapa sawit ialah:-

    1. Pemberian bantuan biji benih klon bermutu tinggi bagi pekebun kecil yang ingin menanam semula kelapa sawit.
    2. Pemberian insentif integrasi ternakan kambing ( 10 ekor kambing bagi 5 hektar kebun ).
    3. Pemberian insentif integrasi tanaman bernilai RM 1,500.00 / hektar ( input pertanian ).

    Sementara itu, RISDA pula telah mengambil langkah-langkah berikut bagi membantu pekebun kecil getah iaitu:-

    1. Bantuan baja / input pertanian bernilai RM 1,000.00 / peserta.
    2. Kursus formal penggunaan alat perangsang pokok getah bagi meningkatkan hasil getah secara purata daripada 1,000 kg / hektar kepada 1,500 kg / hektar.
  2. Berapakah pekerja/pemilik yang melibatkan kedua-dua bidang di atas?

    Seramai 54,823 pekebun kecil kelapa sawit dan 7,568 pekebun kecil getah telah mendapat manfaat daripada program yang telah dijalankan oleh MPOB dan RISDA.

     

     

  3. Apakah tidak wajar mereka diberi lindungan takaful atau ansuran?

    MPOB / RISDA belum mendapat kata putus kewajaran pekebun kecil kelapa sawit / getah diberi lindungan takaful / insurans bagi menangani penurunan harga komoditi tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.