Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
71) PENARIKAN DIRI OLEH PENGILANG-PENGILANG ASING
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat berapa bilangan pengilang telah menarik diri dari Selangor?
Sehingga hari ini sebanyak dua syarikat milikan asing yang telah memaklumkan akan membuat penutupan syarikat secara berperingkat kepada SSIC Berhad. Syarikat tersebut ialah Flextronics Technology (Shah Alam) Sdn Bhd dan Sidel Industry (Malaysia) Sdn Bhd. Dijangkakan seramai 2,327 orang pekerja akan terlibat.
-
Setakat ini berapa orang pekerja kilang dibuang kerja kerana penarikan diri pengilang asing?
Jumlah pekerja yang telah diberhentikan bagi tahun 2008 dan Januari 2009 adalah seperti berikut;-
Tahun Pemberhentian Biasa Pemberhentian VSS Jumlah Tempatan Asing Jumlah Tempatan Asing Jumlah Tempatan Asing Jumlah 2008 2,733 683 3,416 2,567 0 2,567 5,300 683 5,983 Jan. 2009
– – 1,754 – – 451 – – 1,205 * Sumber : Jabatan Tenaga Kerja, Selangor
-
Apakah tindakan atau bantuan kerajaan negeri kepada pengilang-pengilang asing untuk terus beroperasi di Negeri Selangor?
Bagi memastikan pengilang-pengilang asing untuk terus beroperasi di Negeri
Selangor, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah berikut;-
- Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
- Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.
- Menaik taraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park. iv) Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
- Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One Stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.
- Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
- Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian yang kawasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memantau isu/permasalahan yang dihadapi oleh pengilang.
- Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
- Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenal pasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi