Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

67) PENYEWAAN KAWASAN LAPANG DI JALAN 6/2 PANDAN PERDANA, DUN TERATAI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan semua butir-butir yang terkandung di dalam kontrak penyewaan kawasan lapang di lokasi tersebut

    Berdasarkan keputusan Mesyuarat Penuh Majlis Bil 7/2007 yang telah diadakan pada 28 Jun 2007 telah meluluskan tempoh penyewaan tapak tersebut kepada Pandan Puri Holding Sdn. Bhd. Tempoh penyewaan adalah selama 5 tahun ( 3 tahun + 2 tahun ) dan tarikh tamat sewa tapak adalah pada 31 Julai 2012. Permohonan merizabkan tanah tersebut telah dihantar dan penyewaan akan ditamatkan setelah arahan ”gazette” dikeluarkan.

     

  2. Sila nyatakan syarikat-syarikat yang terlibat dalam penyewaan kawasan lapang tersebut di atas dan siapakah pengarahnya dan modal syarikatsyarikat?

    Penyewa tanah tersebut adalah Pandan Puri Holding Sdn. Bhd. Syarikat tersebut mempunyai Modal Dibenar RM500,000.00 dan Modal Berbayar RM500,000.00. Syarikat ini merupakan 100% pegangan bumiputera dan

    terdiri daripada 2 pengarah iaitu seperti berikut;

    1.  Raja Ismail bin Raja Mohd Ali
    2.  Anuar bin Ibrahim
  3. Sila nyatakan kadar sewa untuk kawasan lapang tersebut?

    Kadar sewa tapak untuk padang sasar golf sebanyak RM6,000.00 sebulan dan tapak medan selera sebanyak RM2,000.00 sebulan

Lampiran

Tiada Lampiran.