Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

59) PROJEK DI SUBANG JAYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan projek yang diperuntukkan oleh bajet tahun ini bagi tujuan menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam di Subang Jaya

    Projek yang dilaksanakan ialah menaik taraf sungai kepada concrete channel sepanjang 3 km oleh pemaju semasa kelulusan merancang yang disyaratkan oleh JPS iaitu Sungai Penaga.

     

  2. Berikan butir-butir projek yang terlibat.

    BIL PERKARA PERUNTUKAN
    1. Cadangan Membina 1 Unit Jejantas Pejalan Kaki Di Persiaran Kewajipan, Berhadapan Goodyear Court 3, Subang Jaya, Selangor RM 600,000.00
    2. Cadangan Menaik taraf Garisan Jalan Dan Perabot Jalan Di Persiaran Tujuan Dan Sumbangan West Interchange, Subang Jaya, Selangor. RM 200,000.00
    3. Cadangan Menaik taraf Jalan Belakang Perumahan Rakyat (Flat SS 13 Blok A Hingga Blok P), Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. RM 200,000.00
    4. Cadangan Menaik taraf Sebahagian Jalan SS 12/1F, SS 12, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. RM 200,000.00
    5. Kerja-Kerja Membekal Dan Memasang Sistem Lampu Jalan Di Jalan USJ 12/1 Subang Jaya Untuk Majlis Perbandaran Subang Jaya. RM 200,000.00
      Jumlah RM 1,400,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.