Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
48) ORANG ASLI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan bilangan perkampungan orang asli di seluruh Negeri Selangor menurut daerah.
Terdapat 74 buah penempatan atau Kampung Orang Asli yang masih wujud di sekitar 5 Daerah di Negeri Selangor. Ianya merangkumi Daerah Hulu Selangor : 16 Kampung, Gombak dan Petaling : 11 Kampung, Hulu Langat : 9 Kampung, Sepang : 15 Kampung dan Kuala Langat dan Klang : 23 Kampung menjadikan semuanya 74 Buah Kampung Orang Asli yang berada di dalam Negeri Selangor.
-
Sila jelaskan bidang-bidang penyelarasan serta pembahagian tugas di antara agensi-agensi Persekutuan dan agensi-agensi Negeri Selangor dalam pentadbiran hal-ehwal orang asli di semua daerah dalam Negeri Selangor
Tiada penyelarasan serta pembahagian tugas di antara agensi-agensi Persekutuan dan agensi-agensi Negeri Selangor dalam pentadbiran hal ehwal orang asli di semua daerah dalam Negeri Selangor. Hanya pentadbiran persekutuan sahaja.
-
Berapa banyakkah dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pentadbiran, pembangunan, pendidikan dan kebajikan orang asli di seluruh Negeri Selangor menurut daerah pada tahun 2008.
Tiada Peruntukan Kerajaan Negeri di salurkan ke Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.